Pages

DAKWAH vs CINTA?

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad'u(ahli usrah) kita yang bercinta?" Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

"Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…" Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.




Lawan Vs Kawal



"Kamu perlu lawan perasaan itu." Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

"Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun." Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

"Belum lagi." Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

"Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah… "

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, "Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya. "






Over Rate Diri Sendiri



"Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?" Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

"Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?" Saya kembali menyoal.

cinta anta anti"Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama." Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, 'Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.'

"Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu." Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

"Apa maksud sifat over rate itu?" Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

"Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai 'couple'. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul." Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari 'alasan' dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah



Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi"Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari 'lelaki yang disukainya' untuk bertanyakan soalan."

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep 'sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain'.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.

"Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow."
-Pakdi.net-








SUMBER: www.iLuvislam. com
-editted-

SubhanAllah!!! sungai di bawah lautan!

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua.. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




















Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Perang tanpa senjata




Hari ini telah terbukti bahawa umat manusia terbaik yang pernah dirakamkan oleh Allah SWT dalam (surah Ali-Imran ayat 110) yang pernah wujud di muka bumi ini telah beransur-ansur mencapai pucak kemundurannya.

Ya..mundur, daif dan tidak salah untuk mengatakan jahil.

Sebelum ini, umat Islam khususnya dan sejarah dunia umumnya mengetahui bahawa Islam pernah berada di puncak kemegahan. Menguasai hampir dua pertiga muka bumi.

Mereka (umat islam) ini mencapai zaman keemasan tersebut dengan Islam. Namun, akhirnya kemunduran itu berlaku tidak lain disebabkan kaum muslimin semakin hari semakin meninggalkan Islam. Semakin menjauhi Islam yang telah "membesarkan" mereka.

Rasulullah SAW bersabda,
"Akan datang suatu masa di mana bangsa-bangsa memperebutkan kalian sebagaimana sekelompok pemakan yang merebutkan makanan di dalam talam".

Para sahabat bertanya,
"Apakah kerana jumlah kami yang sedikti pada waktu itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak..!! Bahkan jumlah kalian saat itu banyak, akan tetapi kalian sat itu seperti busa (sabun) di lautan".

Dalam melalui perjalanan sebagai "bangsa-bangsa buih" ini, umat Islam telah melalui perjalanan yang amat panjang. Peperangan demi peperangan yang di alami umat Islam bersama tentera kuffar telah menyebabkan gerombolan kuffar telah mendapat suatu pelajaran bahawa umat Islam tidak akan dapat diperangi dengan mata pedang dan peperangan. Ini sudah terbukti bahawa umat Islam memang ingin mati.. Umat Islam berperang untuk mencari mati (syahid) sedangkan kaum kuffar bertempur untuk mencari hidup.

Umar bin Al-Khattab RA pernah mengatakan,
"Kita ini adalah kaum yang dibesarkan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kebesaran dengan selainnya, Allah menghinakan kita."

Kaum kuffar yang berada di celah-celah kemegahan dan puncak umat Islam berkuasa telah merencanakan dan memprogram satu pertempuran tanpa senjata yang tidak disedari umat Islam yang leka dengan zaman kegemilangan. Menyedari bahawa sumber kekuatan umat Islam ada pada aqidah dan agama, maka mereka mereka perlu memerangi umat Islam dengan cara yang lebih senyap iaitu melalui perang intelektual dan kebudayaan.

Adapun "peperangan senyap" ini bertujuan untuk memandulkan beberapa kekuatan umat Islam seperti MELEBURKAN KEPERIBADIAN umat Islam. Misi kaum kuffar ini tampak sangat-sangat berjaya pada hari ini dengan lahirnya generasi muslim yang tidak berkeperibadian. Mereka segan untuk menunjukkan identiti sebagai seorang muslim. Segan untuk melabuhkan tudung sampai ke dada. Malu untuk bertudung dengan sempurna dengan pakaian yang labuh tanpa menampakkan bentuk badan. Hari ini kita berasa segan untuk bercerita tentang sirah Nabi untuk membangkitkan semangat keislaman. Hari ini orang mengatakan bahawa untuk maju harus berpijak pada contoh Barat seutuhnya dengan metod berpakaian, bahasa, gaya hidup, pola pemikiran dan percaya bahawa sekiranya menggunakan Islam sesuatu bangsa tidak akan berjaya. Misi ini berjaya..!!

Seterusnya, kaum kuffar melancarkan misi lain dengan MEROSAKKAN AKHLAK umat Islam. Dalam kongress misionari yang diadakan pada tahun 1930, seorang Yahudi Laknatullah, Zweimmer telah mengatakan di hadapan para peserta bahawa tugas para misionaris bukan setakat untuk melakukan kristianisasi terhadapa umat Islam sahaja, tetapi tugas sebenar misionari yang sebenar adalah dengan menjauhkan umat Islam daripada agamanya sehingga lahirnya generasi yang tidak memiliki hubungan dengan Al-khaliq. Tatkala umat Islam sudah tiada hubungan dengan Tuahnnya, pada saat itulah ia akan mengalami kerosakan moral. (contohnya sangat banyak pada hari ini yang penulis tidak perlu menyatakannya) . Misi ini juga berjaya..!!



















Tidak cukup dengan itu, keadaan umat Islam yang parah pada hari ini yang sudah mengekor dengan budaya Barat, dengan pemikiran yang sudah tercemar dengan gaya hidup bebas, dan hidup yang sudah tidak diwarnai dengan identiti Islam dan kontang dengan aqidah Islam, maka akhirnya aqidah mereka dengan mudah mereka tukar dengan ideologi dan agama kuffar. Hari ini tatkala umat Islam bertelingkah sesama sendiri dengan masalah-maalah remeh, PEMURTADAN generasi pemuda dan pemudi kita semakin bertali-arus tanpa disedari umat Islam sendiri. Pemurtadan yang kononnya kerana cinta sejatiku padamu menyebabkan aku rela untuk bertukar agama untukmu semata-mata untuk menatap wajahmu yang cantik dan tampan itu.. Ciiss.. Misi ini berjaya dan masih berlangsung. .!!

Umat Islam terus diterjah lagi oleh kaum kuffar yang terus menyerang dan MENGHANCURKAN FIKRAH umat Islam. Aqidah yang lemah menjadikan generasi Salahudin alAyubi dan Sultan Muhammad Al Fateh ini terus goyah lantaran tidak lagi berpegang pada nilai-nilai moral dan menjadikan Rasulullah itu sebagai contoh ikutan yang baik. Pada saat ini segala visi dan fikrah perjuangan umat Islam menjadi berantakan. Yang ada hanya perjuangan seorang ibu yang berumur 44 tahun untuk terus berada di dalam akademik khayalan daripada tersingkir disebabkan undian sms daripada penonton. Perjuangan seorang anak perempuan pada kedua ibubapa seorang pak haji dan mak hajjah yang menangis tersedu-sedu disebabkan si anak tidak berjaya membawa pulang sejuta ringgit disebabkan Paul Mose mengatakan yang lontaran suaranya tidak bagus dan terlupa lirik..huk.. huk..sobb. .sobb..

Akhirnya, setelah semua misi "preliminary" ini hampir berjaya keseluruhannya, maka kaum kuffar boleh duduk dengan senang hati di "Line Clear" menikmati secawan teh tarik sempoi, disebabkan kaum muslimin sudah merangkak-rangkak dan bersujud di kaki mereka. KESETIAAN umat Islam untuk mengikut telunjuk kaum kuffar hingga ke kandang Babi memang tidak dapat dinafikan lagi. Semua umat Islam semakin berjangkit-jangkit Influenza A nya dengan mudah. Maka tidak perlu lagi untuk mengerahkan tentera dan persenjataan bagi menumbangkan sejumlah tentera Islam. Mudah bukan..??

So, pada saya dan pembaca, apa ek peranan kita sekarang...? ?

Ditepi pintu dan jendela, malaikat maut mengintai saya dan kamu-kamu semua untuk menunggu beberapa saat lagi untuk di pisahkan jasad dengan roh untuk bertemu Tuhan semesta alam.. Untuk ditanyakan apakah ada usaha untuk mengajak ke arah maaruf dan nahi mungkar...?? ?

~Tepuk dada...tanya iman..~

PERINGATAN PENTING UNTUK KAUM MUSLIMAT

Assalamualaikum w.b.t

Tujuan posting ini hanyalah bertujuan memberi peringatan kpd semua muslimat.
Termasuklah diri ini..
kebanyakan muslimat meletakkan gambar mereka yang mmg menampakkan seluruh wajahnya.....bukan hanya di sini, tapi dimana2 web seperti myspace, blog, facebook n etc.
Ana rasa terpanggil disini utk mengingati kalian semua, sebab ana sayang sangat kat anda semua ..sebab kita saling bersaudara.

Jadi, ape yang ana nak cakap di sini adalah
Gantilah gambar sahibah semua dgn avatar atau kartun islamik
memanglah wajah kita bukan aurat, tapi cube sahabt2 semua fikirkan, kini IT semakin berkembang dengan sangat pesat, pelbagai perisian pengeditan gambar telah berkembang...ana takut gambar sahibah semua akan menjadi fitnah...ya Allah, hindarilah semua itu..

kat sini juga ana paste kan pendapat yang diberikan oleh seorang muslimin tentang gambar2 muslimat di alam maya, baca n fikirkanlah...dia juga memberi penerangan yg jelas kenapa gambar muslimat tidak boleh diletakkan di alam maya ini...dan jalan penyelesainnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...