Pages

Kebuntuan yang melanda




Usai solat subuh..aku duduk kaku di atas tikar sejadah. Merenung jauh layar kehidupanku. Entah kenapa, aku merasa hidupku belakangan ini, buntu.
Buntu dan terus buntu. Kadangkala hati merasa sunyi dan kosong. Entah, mungkin kerana aku makin jauh dengan Nya. Aku merasakan sudah lama aku tidak menitiskan
mata di kala malam sepi. Mana tak nya, dah lama aku asyik "bertuhankan" laptop dan kerja2 lain. Lantas aku teringat pengisian syahadatain oleh penyampai kedua.
Aku tidak berkesempatan utk pergi kerana "exam". Teringin utk pergi sebenarnya. Apabila difikirkan, yang mana Tuhan kita yg sebenarnya, Allah atau pun laptop?
"Tatkala azan berkumandang, terus bersolat kah atau terus dengan laptop.?" aku tersentak. Mujahadah wahai diri, mujahadah!


Pelbagai masalah timbul juga belakangan ini, aku terkadang terasa ingin berputus asa sahaja dlm melayari bahtera kehidupan yang pernuh onak duri.
Selesai subuh, jari jemari sibuk "meng share" article dan video tentang maulidur rasul. terpaut pada satu video. hatiku tersentuh. Deras air mataku membasahi pipi.
kisah perjuangan dakwah Rasulullah ketika ingin menyebarkan islam..Allah...begitu hebat sekali cabaran dan ujian baginda. Aku merenung jauh sudut hidupku,
ujianku, kebuntuanku...ibarat langit dan bumi jika nak dibandingkan ujian dan cabaran baginda berbanding denganku. Apa sangat lah ujian ku ini
jika mahu dibandingkan dengan cabaran baginda...ak termenung panjang....jika nak diikutkan, aku sememangnya xlayak mengeluh dengan ujian2 ini...


"Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan."


At taubah : 16


video ringkasan perjalanan baginda



sebenarnya, aku lebih suka menganggap ini semua balasan atau pun kafarah dosa yang aku buat dahulu. Nah, memang aku layak menerimanya..
Hidayah ini pun aku perlu sangat2 bersyukur. Aku merasakan bahagia jika kawan2 aku turut merasai harga sebuah tarbiyyah. Pelbagai rasa wahai sahabat!

Aku suka menulis. Tetapi, acap kali aku mula menulis, aku akan "delete" kembali penulisanku. Aku tidak mahu menulis dalam keadaan kosong tanpa roh.
Walapupun hakikatnya xbanyak entry yang di post, sebenarnya itu yang berlaku. Aku tidak mahu "publish" penulisanku jika aku tidak mampu hadirkan hati serta jiwaku
ke dalamnya.

Derap langkahku kurasakan semakin lemah. Mungkin kerana hubungan dengan Nya yang turut lemah. Ya, itu yang aku rasakan.
Namun, aku percaya Allah itu maha penyayang dan pengampun...hubungan ini akan kembali pulih.hubungan suci antara khaliq dan hamba Nya.
Yang penting, aku perlu pasakkan keyakinan dan tanamkan himmah yang kuat untuk aku melakukan 1 perubahan yg istiqamah.


Ayuh bersamaku kita koreksi diri yang hina. Aku malu untuk bicarakan mengenai hubunganku dengan Allah. Allah..aku jauh dari-Mu.
Seringkali aku alpa dan lalai. Seringkali aku menjauhkan diri daripada-Mu. Itulah jawapan kenapa aku seringkali buntu dan hatiku kosong.
Ampunkan aku Ya Allah…aku sedar akan kesilapanku ini…..



Ujian, dugaan, cabaran, rintangan, kekecewaan, hati, jiwa, dakwah, Allah, Rasul.



"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

-khutbah terakhir Rasulullah s.a.w-


Salam maulidur rasul.




hamba Nya yang hina,
Secebis Pelangi
15 Februari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...