Pages

make me strong...

the road is long...





and...




sometimes I wondering, and ask myself...



am I strong enough......?






what ever happen......



Ya Rabb, make me strong......



student vs working life: part 1



Ya Rabb ya Rabb ya Rabb...


" teacher, apis amek kerusi saya."
" teacher, arfan amek pensil saya."
" teacher, soleha kacau saya."


fikiranku melayang ke tadika an nur sejenak. mengenangkan anak2 murid yg nakal kadang2 tu. Ya, aku akui. belajar dan bekerja bukanlah satu tugasan yg mudah sebenarnya.
belajar, mengajar, assignment, urusan kelab dan persatuan, urusan diri. banyak tanggungjawab yg perlu digalas. perit nya hanya aku yg rasa. aku akui, mungkin tugasan
ku ini tidak seberat dakwah nabi ketika ingin mengangkat dan menjulang Islam satu ketika dahulu. benar. tapi entry kali ini ingin aku kongsi kan secebis pengalaman yg mungkin
berguna.

mengajar di tadika. " ah, apa lah sangat kerja kau tu. bukan penat pun aku rasa. " mungkin segelintir yg beranggapan begini. pedih hatiku. bukankah memahami itu
lebih baik drpd menghukum. tujuan ku mengajar di tadika annur insyaAllah adalah utk membiayai "kuda dakwah" ku pada setiap bulan. nah, walaupun mungkin belum menjadi kuda nya,
tapi itulah harapan dan impian ku. aku mungkin tidak mampu menyumbang apa2. terkadang aku merasa sgt cemburu pada keberjayaan dakwah sahabat2.
sejak itu aku ber azam. dan kuda krim ku pun muncul.

namun aku manusia. menurut ahli sunnah wal jamaah, iman itu turun dan naik. aku tidak terkecuali. jarum2 syaitan senantiasa mencucuk ku. bisikan2 iblis
senantiasa bermain di ruang telingaku. kadang aku berjaya, kadang aku tewas.

aku sayangkan anak2 di taska. sebahagian mereka juga merupakan anak2 kpd lecturer ku. namun kadang perilaku mereka membuat aku berasa sakit. ketabahan dan
kesabaran itu perlu utk terus survive. aku harus ada itu. pernah sekali aku hampir menitiskan air mata ketika mengajar. kebetulan. hari itu aku berasa sangat tertekan
dengan urusan luar. mostly dengan manusia. dan entah mengapa pada hari itu, anak2 berkelakuan sgt nakal. mujur air mataku tidak keluar. kelas terhenti
sejenak. " teacher mcm nak nangis lah!!" affif menjerit. kelas yg bising dan penuh hiruk pikuk terus diam menyepi. aku menarik nafas dlm2 dan teruskan mengajar.
aku perlu kuat. Ya Rabb, ya Rabb.... hati ku berkata-kata sambil mengajar. menahan.



begitulah hidup mengajar ku. dan semalam merupakan hari di mana aku berasa sgt kecewa dan tertekan. lama aku biarkan hujan itu. tnpa henti.
dan hari ini alhamdulillah. aku hidup lagi. aku menghirup udara Nya dengan penuh penghayatan. semalam yg perit sudah pun berlalu. aku tidak mahu bercerita tentang semalam.
biarkan ia. time will heal, insyaAllah. aku hanya perlu meneruskan hidup dan mengaturkan semuanya semula. dan yg penting, aku perlu kekuatan itu.



ya Rabb, cintai aku.



...........................................................................................................................................................................


(p/s: gmba sy tiada di atas. gmba taun lepas.he)


Nah, kembali kepada perkara fokus. Actually nak share atau at least bagi tips yang berguna utk sesiapa yang bakal menjadi guru tadika, guru dan sebagai nya.
(ya, walaupun sy memang bukan teacher yg baik untuk anak2 murid sekarang ni) =_+''

tidak mengapa. abaikan. ok, tips yang insyaAllah berguna ialah:

1) niat. yup. setting niat. ok, at the first place ask urself why nak buat sesuatu.dan kadangkala niat kita ni perlu di set kan atau "edit" dlm bahasa multimedia nya, dan perlu
selalu. especially bila sesuatu perkara berlaku dan sebagai nya sbb kadang2, pertengahan jalannya niat kita tend tu utk terpesong. :D (sambil tunjuk jari kpd diri sndiri)

2) keduanya, ya bidang yang anda pilih adalah bidang yang sangat memerlukan BANYAK kesabaran. sod ba ra. mengajar, apa-apa sekali pun memang memerlukan kesabaran
fizikal dan mental. sabar adalah kunci. tapi, haa ada tapi. kita pergi kepada point ketiga :)

3) ketiganya, (dah buat nombor, tulis lagi ketiganya. addoi, xfaham betul.=_='' ) SERIUS/TEGAS. atau dalam bahasa mudahnya garang. tapi bukan garang tidak bertempat.
sebagai guru, terutamanya guru tadika, tonjolkan ketegasan anda terutamanya ketika hari pertama mengajar. bukanlah garang sebenarnya, tetapi untuk anak2 murid supaya mereka
set dalam minda mereka ada yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap guru mereka ini. erti kata lainnya adalah hormat. akan tetapi, apabila masanya, kita boleh je
bergurau dgn mereka pada waktu tertentu seperti waktu tidurkan mereka, mandikan mereka dan lain2 lagi.

4) bermesra dengan mereka apabila masanya. seperti yang sy nyatakan dekat point atas ni.




setakat ini sahaja dulu lah sy rase. insyaAllah, ada kesempatan, sy akan membuang sawang2 yang ada di blog sy ni. walau ada atau tidak yang membacanya, taggungjawab
"update" blog itu semacam perlu. sy insyaAllah akan berkongsi lagi pengalaman sy yang sgt sedikit ini. entry-entry sy tidak lain tidak bukan hanya untuk berkongsi
dan memberi ingatan kpd diri dan anda semua. (kalau ada anda la. -_-'')
(actually, ada hari guru, pertandingan nasyid, dan hari sukan tadika tempoh hari.
akan datang~! :)




sobakhul khair~!! n_n.V


sekian,
secebis pelangi
4 jun
6.40 pagi
bumi selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...