Pages

ABPBH; halal dan haram. sedarkah kita?


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.....



ABPBH. entah bagaimana, saya menyedari anugerah ini adalah anugerah dan majlis yang saya kira "wajib" utk semua rakyat islam malaysia tonton, undi atau yg paling kurang ia dikira event yg mesti tahu. PELIK bukan. sy sendiri mengetahui tentang anugerah ini. "tarbiyah" persekitaran mungkin. nah, tapi bukan itu yang ingin dikongsikan di sini. HALAL dan HARAM dlm anugerah itu titik fokus nya.

Usai menghantar sahabat, jari jemari aktif melayari laman web utk mengetahui dan mengambil ibrah atas berita, fakta semasa. nah, terjumpa satu artikel yg menarik. ya, walaupun rasa nya pengharaman dan peng halal an nya sudah dikeluarkan pihak tertentu tapi mungkin tidak ramai yg mengetahui atau mungin saja buat2 xtahu. ABPBH lepas, sy sendiri tidak menonton mahu pun mengetahui tarikh nya bila. (pada mulanya) cuma tersenyum melihat kawan2 yang teruja utk menonton nya gara2 untuk melihat artis kesukaan mereka. lantas, baru mengetahui akan event itu bila dan sebagai nya.

sedutan artikel oleh ustaz nor amin:

Majlis anugerah bintang popular Berita Harian, mari kita lihat dari sudut pengisiannya dahulu. Saya rasa semua orang tahu pengisian majlis tersebut diantaranya ialah anugerah artis popular, persembahan, artis-artis yang menggayakan pakaian pada malam tersebut dan banyak lagi dapat kita lihat. Jelasnya majlis tersebut banyak dihidangkan dengan maksiat mata, dosa dan kemungkaran. Alasan saya mengatakan tersebut, kalau betul-betul majlis itu mengikuti syariat Islam, tidak berlaku pakaian yang menjolok mata, kadang-kadang artis yang terima anugerah itu berpelukkan antara satu sama lain tidak kira yang mahram atau tidak. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (An-Nur : 31)

Kemudian saya datangkan hadis Rasulullah yang menegah wanita yang membuka aurat dan berpakaian seperti bertelanjang. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Riwayat Muslim)

Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram mengatakan bahawa :

“Mereka dikatakan berpakaian,
karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.”

Kesimpulan yang dapat diambil adalah majlis tersebut sepatutnya mengawal semua artis-artis supaya berpakian menutup aurat. Bagaimana majlis tersebut dapat memperolehi keberkatan dan mengikut cara Islam. Malangnya kebanyakkan yang terlibat itu adalah dari umat Islam, mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai orang yang sesat dan rugi.
Orang yang hadir dan memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung, bermakna orang tersebut menyokong apa yang diperbuatkan oleh artis-artis tersebut termasuklah segala perbuatan yang bercanggah dengan syarak. Friman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” (Al -Asr 2-3)

Sepatutnya kita semua sebagai orang Islam hend
aklah menjauhkan diri dari program tersebut, sebab dia mengundangkan dosa. Orang yang terlibat sama ada mengunding, menonton, pergi ke majlis tersebut semuanya akan dapat saham dosa dari hasil apa yang dibuat oleh artis dalam majlis tersebut.

Orang yang mengundi artis yang diminati dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau SMS. Peraduan ini telah lama diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali 64 pada Tarikh 27 Julai 2004 di Putrajaya menyatakan bahawa :
“Bahawa menyertai peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di mana pemenang ditentukan secara rawak berdasarkan nasib dalam sistem tersebut adalah haram di sisi hukum syarak.”



begitu lah..mungkin tidak ramai dari kita yang tahu fatwa tentang pengharaman sistem tersebut. teringat pula tentang artis yang sudah memilih jalan dakwah dan menggunakan bakat yang dikurnia ke jalan dakwah...Alhamdulillah...mungkin hidayah sudah sampai dan mereka sudah merasai hebat nya Allah.... :') HEBAT!




haa..yang ni album dakwah nya..dan saya sertakan sekali link tentang hijrah nya beliau ke dunia dakwah:




Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar....T_T




secebis pelangi
16 april 2011
bumi melaka


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...