Pages

Gaza wa ana


Ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum
Wa an surnaa ‘alaihim !!

Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka
Dan menangkanlah ke atas kami ya Allah .. !

Gaza berdarah, LAGI.

“ sejak semalam zionis Israel melancarkan perang ke atas gaza dengan pengeboman yang tidak berperikemanusiaan. Kemusnahan sehingga awal pagi tadi :

447 bedilan meriam dan roket oleh isrel
347 serangan bom udara
111 rumah dibedil
17 buah rumah musnah 100%
95 buah rumah rosak teruk
2 masjid dibedil
1 hospital diserang
1 ambulan dibom


22 syahid, 6 darinya kanak-kanak. 122 orang awam cedera, 26 darinya kanak-kanak. Dan serangan masih berterusan sehingga ke saat ini.” MASIH !!











I do care !! T_T

Dan aku tak sanggup utk melihat foto2 lain..

THIS IS MADNESS !! ya Allah apa salah kanak-kanak ni. Sekarang bayangkan diri anda, keluarga anda dirumah, sanak saudara anda. Bayangkan suatu hari ada orang dtg rumah, halau anda, mak ayah anda, sedara2 anda. Dan mereka mengahalau anda serta keluarga dari rumah anda, hancurkan perniagaan anda dan apa2 yg anda punyai, TANPA SEBAB !! dan pada bulan mulia Ramadhan..
“in gaza, you can take your sahour in dunya and iftar at the jannah” Allahu Rabbi.. Allah Allah.. T__T

Yang paling menyedihkan kanak-kanak, dibunuh dibakar tanpa belas kasihan. Kanak-kanakk !! kanak-kanakk !! ya Allah.. T__T hanya binatang mampu berbuat demikian. Hatta binatang pun tak membunuh anak-anak mereka. Benarlah suatu kata-kata yang pernahku dengari dahulu,

“manusia itu kalau mulia dan baiknya boleh jadi lebih mulia dari malaikat. Namun pabila jahat dan hinanya boleh jadi melebihi syaitan”

                Kadang-kadang kerana terlalu sebak dan hatiku tak tertahan dengan apa yang terjadi aku bertanya sendiri. Mengapa ini semua terjadi ya Allah ? bila kah saatnya semua ini akan berakhir, kenapa mereka terus-terusan terseksa.. kisah gaza dihenyak Israel laknatullah bukan cerita hari ini, bukan cerita bulan ini mahupun tahun ini bahkan sudah lama, makan puluhan tahun mahupun ratusan tahun. Lantas hati kecilku berkata memujuk, wahai diri mereka adalah insan pilihan Allah yang dipilih untuk merasai syahid di jalanNya dan syahid itu balasannya syurga wahai diri..syurga.. terus hatiku terdiam..dan lemahnya aku dan kita di sini.. mereka insan pilihan Allah dan Allah tidak sesekali mensia-siakan amal orang-orang beriman. Dan selemah-lemah aku dan kita di sini, ada beberapa perkara yang boleh kita usahakan. Aku tak sanggup melihat anak-anak ini dibunuh, para ayah dibunuh, para ibu kehilangan anak dan suami, anak-anak menjadi yatim, wanita-wanita direntap harga diri dengan cara yang cukup zalim oleh tentera laknatullah itu. aku tak sanggup ya Allah..

                Infaq, boikot barangan Israel laknatullah dan yang paling utama doa, qunut nazilah. Jangan putus doa utk mereka kerna “doa itu senjata umat islam”. Ini yang aku dan kita mampu buat, aku kau kita tak berdaya nak berperang mengangkat senjata, terlalu lemah bahkan aku kira belum layak untuk berjihad fisabilillah. Kerna jika diteliti ciri-ciri skuad pasukan islam dalam mempertahankan gaza adalah yang hafizul quran, solat tahajudnya tidak tinggal, taqarrub nya kepada Allah yang tinggi, serta lain-lain amal yang mendahului kita. Allahu Rabbi.. aku masih jauh.. dan jangan zionis Israel, kau ingat Allah akan melupakan serta mengabaikan tangan-tangan keji kau meratah ummah ini, jangan kau ingat kau akan terlepas dari azab. Kau akan disoal wahai zionis Israel laknatullah, akan dipertanggungjawabkan atas segala malapetaka yang kau timpakan kpd ummat. Dan aku kita juga akan disoal. Kami akan menjadi saksi atas apa yang berlaku !! tatkala itu usaha aku kita juga perlu ada. Negara pertama menyatakan pendirian terhadap Palestine adalah perancis, manakala negara-negara eropah yang juga turut menyatakan sokongan terhadap gaza. Dan negara k-pop juga. Manakala baru-baru ini Ireland turut menyatakan pendirian mereka & melakukan demontrasi MEMBOIKOT secara terang-terangan terhadap barangan Israel. Kita ? Allahu.. masih berdalih-dalih tentang tiada kerja, apa nasib pekerja mcD









“YOU DON’T NEED TO BE A MUSLIM TO SUPPORT PALESTINE. YOU JUST NEED TO BE HUMAN”

Dan ingatlah, kelak di akhirat anak-anak gaza akan datang kepadamu dengan darah, nanah dan luka-luka kesan bedilan Israel seraya bertanya kepadamu. “abang, kakak,kenapa tolong Israel untuk membunuh saya... “

Allahu Rabbi.. T__T

Kalau kita orang Islam tak mampu boikot, sedangkan negara bukan islam ada yang lebih-lebih lagi boikot barangan Israel ini yang terang terangan mengikut sumber sahih menyumbang dana kepada ketenteraan Israel dalam menghancurkan gaza, aku kau kita tanyalah diri sendiri.. tanyalah sebelum kita ditanya oleh Allah azza wa jalla kelak tentang apa usaha aku kau kita dalam membantu ummah yang berdarah...
Aku kau kita..terutamanya aku..muhasabahlah..refleksilah diri..apa sumbangan yang dah dilakukan terhadap ummah.. doa, infaq, boikot, dedahkan realiti ummah di media-media.. dan yang paling utama amal dan hati kau pada Tuhan.. bagaimana khabarnya? hidup ini bukan untuk diri sendiri sahaja..

Wallahu 'alam..






15 Ramadhan 1435 H
Shah alam
11: 07 am

Clarification & Disclaimer

Salam 4 Ramadhan

Clarification tentang puisi "Sambungkan Aku ke Cinta Itu".

Setelah mengepos puisi nukilan anbakri itu di fb dan di blog sebentar tadi (now i know who still read my blog. oyt mei gune rh nye web ? -__-")
i sense something wrong as people
reaction become so strange. Jadi sy di sini nak menegaskan bahawa i dont have any kekasih or whatsoever yg korang fikirkan itu. Seriau & brdobar2 jantung den ekau sumo memikirkan camtu.

Tapi bile ditenung balik dan membaca nya berulang kali, barulah ambe sedari akan perkataan kekasih yg mungkin disalah anggap. -__-"

Well, it really is a nice poem and i have my own reason utk share kan puisi yg indah itu. Tapi untuk pengetahuan, maksud anbakri dalam nukilannya cinta dan kekasih itu merujuk kpd bulan Ramadhan. Maka bertitik tolak dari itu sila buangkan pahaman2 songsang anda itu dengan segera.

Apa yang merisaukan aunty2 turut sama terjebak dlm kancah pemahaman ini. Sungguh membimbangkan ye. Lepas ni terpaksa share disclaimer ni pula.
Baiklah sekian sahaja pihak kami melaporkan.

Shah Alam 11 : 19 am

Sambungkan Aku ke Cinta Itu

Kata-kata yang berbunga di pagar
adalah aku yang terlantar,
Dicurah hujan, tertidur-tidur berembun bertindih rindu,

Terpintal sewaktu-waktu melontar pandang
ke langsir tertiup,
Kekasih yang lama ghaib di jendela, Cuma zahir dijelma renda,
Terimbas terlintas-lintas
di wangi Ramadhan,

Bunga di pagar yang terlingkar,
Adalah aku yang tertinggal,
Izinkan aku mengejar..,

Nantikan aku Maghfirah,
Sambungkan aku ke benang Arasy
yang terlilit di pagar waktu,

Sambungkan aku ke perca cinta,
Kerna dia kekasihku...

-Anbakri-



I've been waiting,
but silence is all i get
Ya Rabb please hear me out,
because the heart wont last long..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...