Pages

binalah manusia sesuai dengan fitrahnya (copy paste)



Sekarang ini dapat dikenalpasti beberapa trend terbaru para du’at yang terlibat dalam kerja takwin.
Trendnya adalah mendidik dengan superiority, teguran tidak membina dan ketegasan tidak bertempat.
Sedih kan? Kemana hilang dakwah kasih sayang kite?
Mungkin ada yang akan berkata, eh, LaskarMentari ni mesti tak pernah baca modul untuk fasa takwin ni… Memang di fasa begini bentuk tarbiyyahnya lebih bersifat sufi dan askari untuk membina kader-kader yang patuh tanpa banyak soal dalam urusan-urusan kerja dakwah. Kerana ia fasa penapisan untuk mendapatkan unsur yang baik-baik sahaja. Agar yang menggerakkan saff ini cuma yang benar-benar mahu bersama-sama dengannya sahaja.
Ya bener…
Tapi jangan sampai kita meninggalkan yang lebih asas daripada itu. Adakah kita melihat Rasulullah saw menjadi garang dan bercakap yang tajam-tajam dengan para sahabat pada mana-mana fasa dakwah baginda?
Memang ada waktu-waktunya Rasulullah saw menegur para sahabat dengan wajah yang merah padam kerana menelan marah. Misalnya apabila ditanya oleh Khabbab Al Arat “Bilakah bantuan Allah akan tiba?”. Nabi menegur beliau supaya bersabar. Tapi adakah bentuk akhlak nabi berubah-ubah mengikut fasa dakwah baginda?
Dari awal sampai akhir, yang nabi constantly buat adalah berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Adakah kita cuma berakhlak, berlemah lembut, berkasih sayang ketika di fasa tajmi’ sahaja? Ketika nak DF sahaja? Ketika nak ajak pegi program sahaja?
Membina kader yang disiplin dan berhati waja itu tidak mudah. Memang perlukan approach yang lebih tegas dan penuh kawalan. Tetapi bukanlah beerti perlu menjadi murabbi yang berkata-kata tajam, selalu melihat kesilapan sahaja, tidak menghargai perubahan-perubahan kecil anak-anak buah, dan tidak lagi menonjolkan kasih sayang kepada mad’u-mad’u yang sedang dibentuk.
Berapa ramai orang yang mengalami tekanan hidup kerana dibesarkan dalam keluarga yang penuh pergaduhan, tak puas hati, marah-marah, cakap pedas-pedas dan sindir-menyindir?
Bukankah membina mad’u itu seperti membina anak-anak kecil. Apa yang kita buat, nanti dia akan terikut. Apakah pantas kita mewariskan sesuatu yang tidak enak begini sebagai salah satu cara dakwah padahal hakikatnya bukan begitu?
Melahirkan muayyid bukan beerti melahirkan tentera-tentera tidak berperasaan ketika berdakwah. Kita bukan mahu lahirkan robot dakwah. Kita nak lahirkan tentera yang berdakwah dengan hati dan perasaan. Dengan cinta dan keinginan. Kalau adik-adik yang sedang ditakwin perlukan support, merasa penat, risau atau bersedih hati kerana permulaan-permulaan mereka lambat dan macam siput, usahlah dengan mudahnya kita menampar hati mereka dengan kata-kata yang tajam dan ketegasan yang boleh mengguris hati. Sebelum guna approach tu, gunalah approach yang lebih lembut dan sesuai. Jangan bandingkan diri kita dengan mad’u-mad’u kita. Ujian manusia masing-masing berbeza. Barangkali di akhirat sana, dia lebih baik dan lebih indah pengakhirannya berbanding kita.
Didiklah mad’umu seperti seorang manusia. Bukan seperti robot tidak bernyawa. Bercakap dengan lembut dan tenang tidak beerti tidak mampu kelihatan tegas dan disiplin. Bersuara rendah dan tidak banyak berkata-kata bukan beerti tak buat kerja.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kerana bisa membawa kepada kefuturan yang selama-lamanya.
Wallahualam.
Secebis peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman seperjuangan.
Kerana saya terlalu percaya bahawa kelembutan dan kasih sayang selalu lebih mampu mengubah manusia.

it just that, i...



 "O our Lord! cover (us) with Thy Forgiveness - me, my parents, and (all) Believers, on the Day that the reckoning will be established” [14:41]



it just that,
i miss my home... :)

Dia, FK dan HERO hari ini.

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang…

:)

Alhamdulillah…1 word that I would like to mention today…alhamdulillah, alhamdulilllah, Alhamdulillah…Alhamdulillah ya Rabb..  :’)
Hati terasa begitu nyaman, jiwa terasa begitu tenang tiap kali menyebut namaMu di bibir.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Kejadian 7.40 pagi tadi cukup memberi aku suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan..nah, terus saja ke main point. Nak di pendekkan cerita, pagi tadi aku dan sahabat2 ada di masjid. Then aku sengsorang pergi learning point. After that, aku gagah menuju ke kereta.  Ingat nak balik.

Aku meraba-raba ke dalam beg pack aku. Mencari my car key. Xjumpe! Hurm. Pastu ape lagi. Selongkar la my beloved beg pack merahku. Aik, xjumpe! Hurm…serious pelik. Pastu pergi masjid balik cari kunci. N xjumpe.Allahuakbar…terasa teruji…n after that aku amek keputusan utk terus ke kerete. Allah! Kunci kereta ber keychain kan panda dan tag ACS elok saje bersemayam dekat seat belakang kereta. Ya Allah… tapi entah kenapa, aku tenang je lepas tu. Mula2 berpeluh jugak xtau nk buat ape.tapi lepas tu tenang je. Rase nak gelak pun ade. Mungkin aku sudah menjangka akan ada ujian pagi ni. Lantas hatiku teringat kata-kata sahabatku tentang orang no.5 dan ujian. Dan aku. Lalu aku tersenyum sendiri.   :)

Masjid. 7.40. “akak,kunci keta sy tinggal dlm kereta la kak. Maybe smlm mase sy letak dlm beg dye terkeluar balik. Sbb sy cari2 barang kat seat belakang n beg xtutup rapat.”
“la yeke. Xpe2, akk try tanye muslimin”
“boleh bukak balik. Abang kita pun mase kat mekah pernah ttggl kunci dlm kete. Kawan dye tolong bukak. Lelaki selalu tahu nak buat.”
Aku: (monolog dalaman) erm kalu boleh xnak mnta tolong muslimin. Macam malas. Hu3.. xnak hutang budi ngn sape2. Especially muslimin.


Kemudian aku keluar dari masjid dengan sayunya.
Ha. Baru ingat kenapa. According to mmu law, after 8am u cannot park ur car at the staff parking area. Yup 8am-5pm. After 5 only then can park ur car anywhere. Tapi x la anywhere sangat kot. Kalu x ikut, kereta anda akan di clamp dan anda kene fine dgn sejumlah wang yang saya kire besar bagi seorang student. -_-‘’  selepas itu, dengan berbekalkan pengalaman YANG AMAT BANYAK TENTANG CLAMP DAN PAK GUARD, aku pun terus melangkah laju ke guard department.  Mengejar masa utk tiba di guard dpt. b4 8am. Jam di tangan 7.50..


“ kunci kereta saya tertinggal dalam kereta. Sy baru nk alih kerete sbb takut kene clamp”
Abg guard 1: “ kunci tinggal dlm kete??”
Abg guard 2: ……..( smbil buat muka tahan gelak )
Pakcik rounders( xtau jawatan apa, tapi pakai baju biru. Kira geng guard jugak) : (tersenyum)


Then………. tada~!  Alhamdulillah, mereka berusaha mbantu sy. Terima kasih pak guard. :)




Actually, climax story ini adalah babak ni. FASTABIQUL KHAIRAT mereka sume membantu ku. Nah, gmba atas ni mase mula2 guard dtg. (curi2 tngkap gmba) Lepas tu ALHAMDULILLAH, rasa perasaan yg berbaur. Bersyukur. Ramai yg dtg membantu. Staff2 mmu yg baru park kete yg berjalan ingin ke office mereka, ramai yg berhenti untuk membantu. Dan yg pasti, sy xkenal pun mereka. Xkurang yg bertanya. “kunci tertinggal dlm kete ke?” ya Allah…terharu.  :’)


Bantuan datang silih berganti. Apabila pakcik yg ni xboleh buat, pakcik yg lain pula sambung. “terima kasih banyak” ucapku. Lalu pakcik tu berlalu pergi. Membiarkan pkcik yg baru dtg menyambung tugas. Kemudian datang seorang pakcik yg aku memerhatinya dari awal. Dtang tnpa bertanya, terus ke guard2 n meminta pembaris yg dipegang guard. Terus mencungkil2. Seriously, aku sebenarnya memang xpernah tahu yg kalau guna pembaris boleh bukak kereta yg terkunci. Ingatkan kene hanta bengkel je terus.
“hebat jugak kaum adam ni.” Hatiku berbisik. Aku amazed ilmu2 yg ada pada mereka. :)
Bukanlah bererti aku pernah down kan kaum adam. Cuma dalam byk keadaan, aku selalu berfikir mereka ni selalu lebih mengetahui tentang perkara2 yg kaum hawa tidak tahu. Teringat surah an nisa. Ayat bape xingat.


Moved on, tibe2 je pintu keta dah boleh bukak.. pakcik yg dtang tadi dgn senang nya membuka. Kemudian, dia terus berlalu pergi. Xsempat pun aku nk ckap terima kasih. Mcm penyelamat. Hero of the day. Sambil melihat pakcik yg sudah jauh berjalan, dlm hatiku berdoa terus: “ ya Allah, aku berterima kasih kepada Mu. ya Allah, Engkau mudahkan lah kehidupan pakcik yg membantuku sebentar tadi dan bahagiakanlah kehidupannya, berkati lah hidupnya. Moga dia mendapat kesenangan hidup di dunia dan akhirat.” Amiin…


Syukur. Pak guard kemudiannya memberi kunci kepada ku yang kemudiannya berlalu pergi. Meneruskan pekerjaan mereka. Bumi mmu kembali tenang. Aku menarik nafas lega. Kemudian mengalih kereta. Alhamdulillah… sambil tersenyum sendiri setelah semuanya selesai.
Word of the day: ALHAMDULILLAH , FASTABIQUL KHAIRAT. Alhamdulillah itu. Perlu sentiasa. Bukan sahaja masa mendapat nikmat. Kerana sekarang pun kita sedang merasai nikmatNya.  :)


Aku berdoa agar hatiku, hati kamu, hati umat islam, senantiasa bersyukur. Ada pendapat yg mengatakan syukur itu lebih tinggi darjatnya dari sabar. Kerna sabar, sume orang boleh bersabar. “nak buat macam mana, sabar je le”. Tapi syukur? Tak ramai yg pandai…. –di edit dan di olah dari dr Maza-


Moga kejadian pagi ini membuat hatiku dan hati kita terus bersyukur. Istiqamah dlm bersyukur. Dan berlumba2 melakukan kebaikan sebagaimana mereka lakukan pagi hening tadi. Dan aku masih teringat mereka2 yg membantu ku pagi tadi. Sahabat2, guard,2 pakcik2, akak2. mereka dalam doaku.

:)

make me strong...

the road is long...





and...




sometimes I wondering, and ask myself...



am I strong enough......?






what ever happen......



Ya Rabb, make me strong......



student vs working life: part 1



Ya Rabb ya Rabb ya Rabb...


" teacher, apis amek kerusi saya."
" teacher, arfan amek pensil saya."
" teacher, soleha kacau saya."


fikiranku melayang ke tadika an nur sejenak. mengenangkan anak2 murid yg nakal kadang2 tu. Ya, aku akui. belajar dan bekerja bukanlah satu tugasan yg mudah sebenarnya.
belajar, mengajar, assignment, urusan kelab dan persatuan, urusan diri. banyak tanggungjawab yg perlu digalas. perit nya hanya aku yg rasa. aku akui, mungkin tugasan
ku ini tidak seberat dakwah nabi ketika ingin mengangkat dan menjulang Islam satu ketika dahulu. benar. tapi entry kali ini ingin aku kongsi kan secebis pengalaman yg mungkin
berguna.

mengajar di tadika. " ah, apa lah sangat kerja kau tu. bukan penat pun aku rasa. " mungkin segelintir yg beranggapan begini. pedih hatiku. bukankah memahami itu
lebih baik drpd menghukum. tujuan ku mengajar di tadika annur insyaAllah adalah utk membiayai "kuda dakwah" ku pada setiap bulan. nah, walaupun mungkin belum menjadi kuda nya,
tapi itulah harapan dan impian ku. aku mungkin tidak mampu menyumbang apa2. terkadang aku merasa sgt cemburu pada keberjayaan dakwah sahabat2.
sejak itu aku ber azam. dan kuda krim ku pun muncul.

namun aku manusia. menurut ahli sunnah wal jamaah, iman itu turun dan naik. aku tidak terkecuali. jarum2 syaitan senantiasa mencucuk ku. bisikan2 iblis
senantiasa bermain di ruang telingaku. kadang aku berjaya, kadang aku tewas.

aku sayangkan anak2 di taska. sebahagian mereka juga merupakan anak2 kpd lecturer ku. namun kadang perilaku mereka membuat aku berasa sakit. ketabahan dan
kesabaran itu perlu utk terus survive. aku harus ada itu. pernah sekali aku hampir menitiskan air mata ketika mengajar. kebetulan. hari itu aku berasa sangat tertekan
dengan urusan luar. mostly dengan manusia. dan entah mengapa pada hari itu, anak2 berkelakuan sgt nakal. mujur air mataku tidak keluar. kelas terhenti
sejenak. " teacher mcm nak nangis lah!!" affif menjerit. kelas yg bising dan penuh hiruk pikuk terus diam menyepi. aku menarik nafas dlm2 dan teruskan mengajar.
aku perlu kuat. Ya Rabb, ya Rabb.... hati ku berkata-kata sambil mengajar. menahan.



begitulah hidup mengajar ku. dan semalam merupakan hari di mana aku berasa sgt kecewa dan tertekan. lama aku biarkan hujan itu. tnpa henti.
dan hari ini alhamdulillah. aku hidup lagi. aku menghirup udara Nya dengan penuh penghayatan. semalam yg perit sudah pun berlalu. aku tidak mahu bercerita tentang semalam.
biarkan ia. time will heal, insyaAllah. aku hanya perlu meneruskan hidup dan mengaturkan semuanya semula. dan yg penting, aku perlu kekuatan itu.



ya Rabb, cintai aku.



...........................................................................................................................................................................


(p/s: gmba sy tiada di atas. gmba taun lepas.he)


Nah, kembali kepada perkara fokus. Actually nak share atau at least bagi tips yang berguna utk sesiapa yang bakal menjadi guru tadika, guru dan sebagai nya.
(ya, walaupun sy memang bukan teacher yg baik untuk anak2 murid sekarang ni) =_+''

tidak mengapa. abaikan. ok, tips yang insyaAllah berguna ialah:

1) niat. yup. setting niat. ok, at the first place ask urself why nak buat sesuatu.dan kadangkala niat kita ni perlu di set kan atau "edit" dlm bahasa multimedia nya, dan perlu
selalu. especially bila sesuatu perkara berlaku dan sebagai nya sbb kadang2, pertengahan jalannya niat kita tend tu utk terpesong. :D (sambil tunjuk jari kpd diri sndiri)

2) keduanya, ya bidang yang anda pilih adalah bidang yang sangat memerlukan BANYAK kesabaran. sod ba ra. mengajar, apa-apa sekali pun memang memerlukan kesabaran
fizikal dan mental. sabar adalah kunci. tapi, haa ada tapi. kita pergi kepada point ketiga :)

3) ketiganya, (dah buat nombor, tulis lagi ketiganya. addoi, xfaham betul.=_='' ) SERIUS/TEGAS. atau dalam bahasa mudahnya garang. tapi bukan garang tidak bertempat.
sebagai guru, terutamanya guru tadika, tonjolkan ketegasan anda terutamanya ketika hari pertama mengajar. bukanlah garang sebenarnya, tetapi untuk anak2 murid supaya mereka
set dalam minda mereka ada yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap guru mereka ini. erti kata lainnya adalah hormat. akan tetapi, apabila masanya, kita boleh je
bergurau dgn mereka pada waktu tertentu seperti waktu tidurkan mereka, mandikan mereka dan lain2 lagi.

4) bermesra dengan mereka apabila masanya. seperti yang sy nyatakan dekat point atas ni.




setakat ini sahaja dulu lah sy rase. insyaAllah, ada kesempatan, sy akan membuang sawang2 yang ada di blog sy ni. walau ada atau tidak yang membacanya, taggungjawab
"update" blog itu semacam perlu. sy insyaAllah akan berkongsi lagi pengalaman sy yang sgt sedikit ini. entry-entry sy tidak lain tidak bukan hanya untuk berkongsi
dan memberi ingatan kpd diri dan anda semua. (kalau ada anda la. -_-'')
(actually, ada hari guru, pertandingan nasyid, dan hari sukan tadika tempoh hari.
akan datang~! :)




sobakhul khair~!! n_n.V


sekian,
secebis pelangi
4 jun
6.40 pagi
bumi selangor

ABPBH; halal dan haram. sedarkah kita?


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.....



ABPBH. entah bagaimana, saya menyedari anugerah ini adalah anugerah dan majlis yang saya kira "wajib" utk semua rakyat islam malaysia tonton, undi atau yg paling kurang ia dikira event yg mesti tahu. PELIK bukan. sy sendiri mengetahui tentang anugerah ini. "tarbiyah" persekitaran mungkin. nah, tapi bukan itu yang ingin dikongsikan di sini. HALAL dan HARAM dlm anugerah itu titik fokus nya.

Usai menghantar sahabat, jari jemari aktif melayari laman web utk mengetahui dan mengambil ibrah atas berita, fakta semasa. nah, terjumpa satu artikel yg menarik. ya, walaupun rasa nya pengharaman dan peng halal an nya sudah dikeluarkan pihak tertentu tapi mungkin tidak ramai yg mengetahui atau mungin saja buat2 xtahu. ABPBH lepas, sy sendiri tidak menonton mahu pun mengetahui tarikh nya bila. (pada mulanya) cuma tersenyum melihat kawan2 yang teruja utk menonton nya gara2 untuk melihat artis kesukaan mereka. lantas, baru mengetahui akan event itu bila dan sebagai nya.

sedutan artikel oleh ustaz nor amin:

Majlis anugerah bintang popular Berita Harian, mari kita lihat dari sudut pengisiannya dahulu. Saya rasa semua orang tahu pengisian majlis tersebut diantaranya ialah anugerah artis popular, persembahan, artis-artis yang menggayakan pakaian pada malam tersebut dan banyak lagi dapat kita lihat. Jelasnya majlis tersebut banyak dihidangkan dengan maksiat mata, dosa dan kemungkaran. Alasan saya mengatakan tersebut, kalau betul-betul majlis itu mengikuti syariat Islam, tidak berlaku pakaian yang menjolok mata, kadang-kadang artis yang terima anugerah itu berpelukkan antara satu sama lain tidak kira yang mahram atau tidak. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (An-Nur : 31)

Kemudian saya datangkan hadis Rasulullah yang menegah wanita yang membuka aurat dan berpakaian seperti bertelanjang. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Riwayat Muslim)

Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram mengatakan bahawa :

“Mereka dikatakan berpakaian,
karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.”

Kesimpulan yang dapat diambil adalah majlis tersebut sepatutnya mengawal semua artis-artis supaya berpakian menutup aurat. Bagaimana majlis tersebut dapat memperolehi keberkatan dan mengikut cara Islam. Malangnya kebanyakkan yang terlibat itu adalah dari umat Islam, mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai orang yang sesat dan rugi.
Orang yang hadir dan memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung, bermakna orang tersebut menyokong apa yang diperbuatkan oleh artis-artis tersebut termasuklah segala perbuatan yang bercanggah dengan syarak. Friman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” (Al -Asr 2-3)

Sepatutnya kita semua sebagai orang Islam hend
aklah menjauhkan diri dari program tersebut, sebab dia mengundangkan dosa. Orang yang terlibat sama ada mengunding, menonton, pergi ke majlis tersebut semuanya akan dapat saham dosa dari hasil apa yang dibuat oleh artis dalam majlis tersebut.

Orang yang mengundi artis yang diminati dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau SMS. Peraduan ini telah lama diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali 64 pada Tarikh 27 Julai 2004 di Putrajaya menyatakan bahawa :
“Bahawa menyertai peraduan berbayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di mana pemenang ditentukan secara rawak berdasarkan nasib dalam sistem tersebut adalah haram di sisi hukum syarak.”



begitu lah..mungkin tidak ramai dari kita yang tahu fatwa tentang pengharaman sistem tersebut. teringat pula tentang artis yang sudah memilih jalan dakwah dan menggunakan bakat yang dikurnia ke jalan dakwah...Alhamdulillah...mungkin hidayah sudah sampai dan mereka sudah merasai hebat nya Allah.... :') HEBAT!




haa..yang ni album dakwah nya..dan saya sertakan sekali link tentang hijrah nya beliau ke dunia dakwah:




Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar....T_T




secebis pelangi
16 april 2011
bumi melaka


Kebuntuan yang melanda




Usai solat subuh..aku duduk kaku di atas tikar sejadah. Merenung jauh layar kehidupanku. Entah kenapa, aku merasa hidupku belakangan ini, buntu.
Buntu dan terus buntu. Kadangkala hati merasa sunyi dan kosong. Entah, mungkin kerana aku makin jauh dengan Nya. Aku merasakan sudah lama aku tidak menitiskan
mata di kala malam sepi. Mana tak nya, dah lama aku asyik "bertuhankan" laptop dan kerja2 lain. Lantas aku teringat pengisian syahadatain oleh penyampai kedua.
Aku tidak berkesempatan utk pergi kerana "exam". Teringin utk pergi sebenarnya. Apabila difikirkan, yang mana Tuhan kita yg sebenarnya, Allah atau pun laptop?
"Tatkala azan berkumandang, terus bersolat kah atau terus dengan laptop.?" aku tersentak. Mujahadah wahai diri, mujahadah!


Pelbagai masalah timbul juga belakangan ini, aku terkadang terasa ingin berputus asa sahaja dlm melayari bahtera kehidupan yang pernuh onak duri.
Selesai subuh, jari jemari sibuk "meng share" article dan video tentang maulidur rasul. terpaut pada satu video. hatiku tersentuh. Deras air mataku membasahi pipi.
kisah perjuangan dakwah Rasulullah ketika ingin menyebarkan islam..Allah...begitu hebat sekali cabaran dan ujian baginda. Aku merenung jauh sudut hidupku,
ujianku, kebuntuanku...ibarat langit dan bumi jika nak dibandingkan ujian dan cabaran baginda berbanding denganku. Apa sangat lah ujian ku ini
jika mahu dibandingkan dengan cabaran baginda...ak termenung panjang....jika nak diikutkan, aku sememangnya xlayak mengeluh dengan ujian2 ini...


"Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan."


At taubah : 16


video ringkasan perjalanan baginda



sebenarnya, aku lebih suka menganggap ini semua balasan atau pun kafarah dosa yang aku buat dahulu. Nah, memang aku layak menerimanya..
Hidayah ini pun aku perlu sangat2 bersyukur. Aku merasakan bahagia jika kawan2 aku turut merasai harga sebuah tarbiyyah. Pelbagai rasa wahai sahabat!

Aku suka menulis. Tetapi, acap kali aku mula menulis, aku akan "delete" kembali penulisanku. Aku tidak mahu menulis dalam keadaan kosong tanpa roh.
Walapupun hakikatnya xbanyak entry yang di post, sebenarnya itu yang berlaku. Aku tidak mahu "publish" penulisanku jika aku tidak mampu hadirkan hati serta jiwaku
ke dalamnya.

Derap langkahku kurasakan semakin lemah. Mungkin kerana hubungan dengan Nya yang turut lemah. Ya, itu yang aku rasakan.
Namun, aku percaya Allah itu maha penyayang dan pengampun...hubungan ini akan kembali pulih.hubungan suci antara khaliq dan hamba Nya.
Yang penting, aku perlu pasakkan keyakinan dan tanamkan himmah yang kuat untuk aku melakukan 1 perubahan yg istiqamah.


Ayuh bersamaku kita koreksi diri yang hina. Aku malu untuk bicarakan mengenai hubunganku dengan Allah. Allah..aku jauh dari-Mu.
Seringkali aku alpa dan lalai. Seringkali aku menjauhkan diri daripada-Mu. Itulah jawapan kenapa aku seringkali buntu dan hatiku kosong.
Ampunkan aku Ya Allah…aku sedar akan kesilapanku ini…..



Ujian, dugaan, cabaran, rintangan, kekecewaan, hati, jiwa, dakwah, Allah, Rasul.



"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

-khutbah terakhir Rasulullah s.a.w-


Salam maulidur rasul.




hamba Nya yang hina,
Secebis Pelangi
15 Februari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...