Pages

berdoalah~






"Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu......"

[surah Ghaffir : 60]



bahasa jiwa



bahasa jiwa dari seorang hamba 
:)





Qasidah (syair) - Qad kafaani 'ilmu Rabbi



قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
  
ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي

Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
 Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku




ameen ya Allah... :')

kalam





Kesedihan tidak akan abadi,
Maka tersenyumlah wahai diri..
Roda kehidupan selalunya berputar,
Ada kalanya bahagia terasa,
Sedih merintih juga air mata..

Tapi tahukan engkau ada Dia,
Yang selalu menatap lembut dirimu..
Maka tersenyumlah wahai diri,
Semua yang terjadi juga kerana kehendak-Nya,
Semua berjalan atas rencana-Nya..
Ilmu-Nya meliputi segalanya,
Dan kau tak mungkin menjangkaunya…
Jadi diri untuk apa engkau resah,
Bukankah janji-janji-Nya itu pasti..

Allah Maha Mengetahui.
Ada Dia yang selalu Maha Memberi,
Dan Dia memberikan kepadamu,
Segala apa yang kau mohonkan pada-Nya..
Dan jika kau mampu menghitung nikmat-Nya..
Maka tak ada alasan bagimu untuk mengeluh,
Atas apa yang saat ini Allah berikan..

Hidup ini akan selalu berjalan..
Meski terkadang hati ingin semuanya berhenti..
Seorang hamba akan rapuh tanpa Tuannya,
Begitu kita sebagai seorang hamba..
Maka hanya pada-Nya lah kita layak,
Untuk menggantungkan segala Asa dan harapan..
Kerna Allah Maha Kuasa..
Kau tak akan pernah kecewa..

Ini ujian dari-Nya,
Dan Dia tidak akan menguji hamba-Nya
Melebihi batas kemampuan seorang hamba itu..
Tapi bukankah manusia memang diuji,
Untuk mengetahui,
Mana yang paling bertaqwa kepada-Nya,
Maka tetaplah istiqomah dijalan-Nya..
Selalu ada hikmah dibalik musibah,
Selalu ada kemudahan setelah kesulitan..
Semua akan indah pada saatnya...
Maka bersabarlah wahai hati...

Tersenyumlah wahai diri…
Kerna pelangi itu kan muncul,
Setelah hujan lebat membasahi bumi...

:')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...