Pages

Opt out



Bismillahirahmanirahim,



offended  past participle, past tense of of·fend (Verb)
Verb
  1. Cause to feel upset, annoyed, or resentful.
  2. Be displeasing to: "the smell of smoke offended him".

offend
verb




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا۟ اسۡتَعِينُوا۟ بِالصَّبۡرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
[2: 153]





murobbiah ummah

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum w.b.t,

muga jiwa-jiwa yang sedang membca entry ini dlm keadaan sihat iman dan amalnya in shaa Allah..cuma ingin berkongsi sesuatu yg sangat best iaitu minggu lepas ada program "wanita & hijrah"di rumah melaka. siapa nak tahu siapa yang bagi ceramah sila angkat tangan dapat singgit! 

huh, salah~! (gaye mat luthfi) ok tipu je. tetamu jemputan merangkap penceramah pada hari ahad yg lepas adalah ustazah maznah daud. menarik kan? alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat jumpa beliau. dengan takdirNya, pada esok harinya setelah program itu ustazah akan berlepas ke gaza bagi misi kemanusiaan di sana. Allahu Akbar, tak tergambar bagaimana perasaan masa tu.. dapat meraih berkat jumpa ustazah sudah cukup baik, lagi pula ustazah bakal menjejak kaki ke bumi mulia palestin, kiblat pertama kita.. Allahu Akbar..

talk wanita dan hijrah sangat menarik isi kandung nya, namun lebih menarik perhatian diri adalah pengalaman ustazah sendiri untuk ke gaza ni.. sekarang alhamulillah ustazah dan rombongan aqsa shariff sudah pun selamat tiba di gaza. turut bersama adalah 2 org artis msia... alhamdulillah, muga mereka terus diberi hidayah olehNya..amiin.. update perkembangan rombongan misi telah pun dan sedang di update oleh aqsa shariff. boleh like aqsa shariff menerusi facebook. 

antara perkara yg melekat di minda saya selepas berakhirnya talk wanita & hijrah adalah "senyum merupakan wajah ahli syurga manakala bermasam muka adalah wajah ahli neraka"
heh?? ahli neraka? huk huk. memandangkan belakangan ini kami dilanda ombak tsunami exam dan assignment, wajah sy especially telah berubah menjadi monster berwajah masam. huh buruknye. LEPAS dengar je talk dari ustazah, sy terus berazam untuk memaniskan muka dengan sekurang-kurangnya senyum. itu kan amalan sunnah baginda nabi Rasulullah s.a.w.. cuma terkadang terleka dan selalunya kita ni jika diberi ingatan baru akan bersemangat semula. pada mulanya saya memberi alasan kpd diri dengan mengatakan "wajah saya memang semulajadi masam, apa nak buat". ini adalah jawapan hampagas yang tidak boleh diterima pakai ye kawan-kawan. jadi kite kene lah berusaha. kan Allah bagi extra pahala bagi yang berusaha lebih demiNya.

in shaa Allah, sy akan berusaha untuk senyum lagi.. 2 hari lepas sy dah berjaya senyum dgn macik cleaner, sudah membuat hati rasa gembira. lagipun, sy tak mahu jadi ahli neraka. kita tak nak masuk neraka, jadi xyah buat muka ahli neraka.. sy suka melihat air muka ustazah maznah, sentiasa tersenyum membuat org senang padanya.. 

ini antara hasil nya, :)





dapat tangkap gmba dgn ustazah maznah, 40 point semangat naik !!
y0shh~! (^_^)


muga Allah reda,
nursofie :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...