Bertafakur dan bersyukurlah
Tujuannya ialah bagi mengingat setiap nikmat yang Allah dianugerahkan kepada anda. Karena Dia telah melipatgandakan nikmat-Nya dari hujung rambut hinggalah ke bawah kedua telapak kaki anda.
“Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya”
(QS. Ibrahim: 34)
Kesihatan badan, keamanan negara, makanan, pakaian, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah anda memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyedarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi tak pernah mengetahuinya.
“Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin”
(QS. Luqman: 20)
Ingatlah anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
(QS. Ar-Rahman: 13)
Apakah anda menyangaka bahawa berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang tidak mustahak, bagaimana jika kedua-duanya kudung? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang tidak penting, sedang keduanya boleh saja tidak kuat dan suatu ketika boleh hilang?
Maka sadarilah, adakah satu hal yang kecil bagi anda yang masih mampu tidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar anda masih banyak yang tidak dapat tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Adakah anda tidak merasa menyantap makanan lazat dan minuman sedap sepuasnya sedangkan masih banyak orang di sekitar anda yang tidak dapat makan dan minum karena sakit?
Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan anda dari ketulian. Cuba renungkan dan rasa kembali mata anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit anda yang terbebas dari penyakit sopak dan sebagainya. Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak anda yang selalu sehat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.
Adakah anda ingin menukar mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda hingga anda bisu? Mahukah anda menukar kedua tangan anda dengan untaian mutiara, sementara tangan anda kudung?
Begitulah, sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempumaan tubuh, tetapi anda tidak menyadarinya. Anda tetap merasa resah, terhimpit, sedih, dan gelisash, meskipun anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur nyenyak, dan kesihatan untuk terus berbuat baik.
Anda sering memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga anda pun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa anda mudah tergoncang hanya kerana kerugian materi yang mendera. Padahal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagian, kurnia, kenikmatan, dan sebagainya. Maka pikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah!
“Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan”
(QS. Adz-Dzariyat: 21)
Pikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling anda.
“Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya”
(QS. An-Nahl: 83)
No comments:
Post a Comment