Bagaimana kita mahu menasihatkan mad'u(ahli usrah) kita yang bercinta?" Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.
"Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…" Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.
Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.
Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.
Lawan Vs Kawal
"Kamu perlu lawan perasaan itu." Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.
Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.
"Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun." Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.
"Belum lagi." Jawabnya ringkas.
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
"Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah… "
Seorang ustaz saya ada menasihatkan, "Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya. "
Over Rate Diri Sendiri
"Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?" Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.
"Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?" Saya kembali menyoal.
cinta anta anti"Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama." Dia cuba menerangkan.
Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, 'Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.'
"Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu." Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
"Apa maksud sifat over rate itu?" Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.
"Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai 'couple'. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul." Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.
Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari 'alasan' dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.
Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.
pahrol juoi"Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari 'lelaki yang disukainya' untuk bertanyakan soalan."
Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.
Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep 'sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain'.
Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.
Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
"Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow."
-Pakdi.net-
SUMBER: www.iLuvislam. com
-editted-
3 comments:
Salam ukhti ana fillah~:D
Kak Ngah~
Baguz message n tazkirah ni~..
Ape pon, moga2 kite thabat atas jalanNya~ Ameen..
p/s : Teringat dan rindu peristiwa lepas abes exam.. x sangke2.. itu keje kite dengan kakak2 senior kan?? ngee~:D
memetik dr kata2 kak lang di blog nya[entry terbaru],cinta itu fitrah bg manusia...
mmg tak boleh nk dihalang bila perasaan itu dtg bertandang..tp,sbg hamba yg sentiasa mengharapkan hidayah drNya,persiapkan diri utk menghadapi segala ujian yg mendatang kerana ujian spt rasa cinta manusia yg dtg menjengah itu juga adalah tarbiyah dr tuhan..tarbiyah yg membuktikan bhw kita sentiasa di bwh pandanganNya..sama ada kita berjaya atau tidak menepisnya...
tarbiyah itu bukan segala galanya,tapi segala galanya bermula dr tarbiyah..
Alhamdulillah..moge2 dapat kita renung2 kan dan muhasabah diri..
sbnanye entry ni selari dgn ape yg tjadi skrg..bahana cinta manusia sudah mcm 1virus yg lebih dahsyat dari h1n1 nmpaknye..mmg cinta itu 1 fitrah, tapi moge2 cinta fitrah itu disalurkan ke tempat yg sepatutnya yakni pencipta kita yg agong, Allah s.w.t..
Tidak dapat dinafikan jiwa remaja mcm kite ni sering sje diuji, tak dari luaran dari sudut dalaman mungkin namun ia sbnanye sgt berbahaya berbanding ujian luaran.hati manusia siapa yg tahu, hati yg selalu berbolak balik. moge2 kite perhalusi hati msing2 n dpt menjage nye dgn baik InsyaAllah..
mira:mmg xsgke! tp dpt jgak sesuatu kan..he2~~sume org mcm nak try sume bnde je..lg2 bdak kcik 2!he2~~~
Post a Comment