Pages

kami merinduimu...



kami benar-benar merindui mu.....


sudah satu bulan enam hari berlalu...

antara sebab aku melumpuh sedikit..
seakan tidak percaya,
mindaku masih belum berada di paras sedar tika itu,
terawang-awang di angkasa..
antara sedar atau tidak,
antara benar atau tidak..
akalku masih belum mampu berfungsi sewajarnya,
"blank" sejenak.

"betul ke ni?"

saat 1 syawal menjelma aku masih tercari-cari dirinya...
mengharap rendang dan ketupat darinya seperti tahun sebelumnya..
menunggu dirinya mengajar kami menganyam lagi...
tapi ternyata semuanya meleset..
kerana aku cuba menipu diriku sendiri..
hakikatnya tiada apa yang berlaku..
kerana aku sendiri yang tidak mahu menerima,
bahawa dirinya sudah tiada lagi...
dia sudah dijemput Ilahi...


akhirnya setelah letih mencari dan menunggu..
juga setelah mindaku bergabung bersama iman dan hati,
aku mulai sedar akan kebenaran yang hakiki..
hakikat kehidupan yang berada di kuasa Ilahi..
kerna kematian itu sangatlah pasti..

semalam mendengar suatu berita,
dan hari ini diri menjadi sebahagian dari berita itu.
merupakan lumrah kehidupan yang pasti...


"pergilah berbuka dulu kat bawah"


perkataan terakhirnya darinya sebelum dijemput Ilahi...
juga ditujukan kepadaku....

sebak....



...............




moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Al-fatihah~


T____T



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...