Sorry seems to be the hardest word
Salam 'alaik.
Today is 2nd of December. less than one month left before my age is added to another number.
Alhamdulillah masih punya peluang masih punya ruh.
It is like one year and more and i just getting not much the same. too many things happen since then.
time flies very fast. too many unexpected things, happen at unexpected time.
how should i know what will happen in 3 years time ? people change eventually. that is the hardest part to
dwell and i just can't trust anything anymore. past experiences really teach me something.
anyway, i have really something to ask on but i just can't. now im just hoping things will be easy for me
and pray that He guide me to a clear path on future undertaking. it is really a cracking head stuff when i think about it. since i guess no one will saw this entry i shall assume this is kind of .. hurm hobby ?
nah i don't know. maybe i just need to write something somewhere.
weird but true, sometimes things are not really the same as what we think of or what is really happen. it really is not. what we say and write also sometimes does not really reflects whats inside.
sorry
Musafir cinta di bumi nyaman
Jam menunjukkan pukul 2 tujuh minit pagi,
usai bersiap aku membuka laptop buat sekelian kalinya. Alhamdulillah masih
diberi nikmat kehidupan. Roh yang tadinya tidur kini sudah sudah kembali ke
jasad. Kebiasaannya aku begitu. Sering ketiduran selepas solat dan akan bangun
pada jam jam tertentu waktu pagi. Definitely bukan “night person”. Terasa sel
sel badan lebih aktif pada waktu pagi pagi begini.
Masuk hari ini sudah hampir 2 bulan aku
menetap di shah alam semula, bumi tempatku bermain dan membesar di kala zaman
kanak-kanak. Kehadiranku kembali di bumi Selangor untuk bersama keluarga setelah
4 tahun merantau adalah suatu perasaan yang cukup nikmat. Alhamdulillah, diberi
kesempatan untuk bersama keluarga tercinta kerana memang ini yang aku impikan
sejak sebelum bermula “practical” lagi. Kerna aku tahu kemampuan diri. Perlunya
aku untuk bersama mereka tatkala melalui alam pekerjaan yang baru dan mencabar.
Ada tinggal berbaki 4 bulan sebelumku menamatkan tempoh “practical” ataupun
“industrial training” ini, mudah mudahan banyak ilmu yag dikecap dan semuanya
lancar.
Ada sesuatu yang ingin dikongsikan
sebenarnya. Pengalaman yang sering diingat ingat dan dikenang. Nyaman sungguh
perasaannya apabila teringat. Dua bulan lalu sebelum pulang ke bumi Selangor
aku membuat keputusan untuk menimba ilmu mencari kekuatan. Dan Alhamdulillah
ditakdir Ilahi bertemu dan menetap di situ untuk 2 minggu. Tempatnya asing,
suasananya berbeza dan bahasanya tidak biasa ku ucap. Diberi rezeqi untuk
belajar melalui kaedah talaqqi di maahad tahfiz itu sungguh suatu pengalaman
yang tidak mampu ku lupakan.
TALAQQI. Itu perkataannya. Talaqqi adalah
kaedah pembelajaran di mana murid akan berhadapan terus dengan guru. Secara
peribadi, tidak kutemukan kaedah pembelajaran yang lebih menawan hatiku
daripada melalui kaedah ini. Terasa ilmu sang guru mengalir luncur terus ke
jiwaku. Ya, terus. Secara terus. Aku betul rindu untuk ke situ lagi. Rutin
harianku di sana terasa tenang damai. Paginya bertahajjud lantas solat subuh
berjemaah kemudian berwirid sampai waktu sarapan kemudian ke kelas. Hari
pertamaku ke kelas tubuhku menyaksikan hatiku berdegup kencang namun tiada riak
di wajah, kuat kusembunyikan. Mana tidaknya, aku tidak pernah belajar melalui
kaedah talaqqi itu. dan juga kerna aku bakal melantunkan ayat suci Al-Qur’an
sendirian dan taakala membaca guru akan terus juga membetulkan kesalahan.
Itulah yang menarik melalui kaedah ini. Kesalahan akan diperbetul guru tika itu
juga.
Ada sesuatu yang dirindui. Suasana itu di
mana lantunan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca merdu bergema menghiasi ruang.
Indah. Terasa saat saat kehidupan di sana diabdikan untuk Dia dan kalamNya
sepenuhnya. Tika di sana itu sahaja rutin harian kami. Bangun, solat, kelas,
menghafaz, makan dan tidur. Ada sahaja waktu tenggang akan diisi dengan
menghafaz kerna setiap orang diberi tugasan masing-masing dengan surah hafalan
dan perlu di tasmi’(melafaz hafalan tanpa sebarang rujukan) pada masa yang
ditetapkan. Sebenarnya itu lah yang menggoncang jiwa taatkala sebelum ke kelas.
Setiap kali ke kelas guru akan tasmi’ hafalan murid setakat mana yang dihafaz,
bermakna murid perlu untuk menghafaz setiap masa. Tidak ketinggalan sebagai
pelajar sementara aku juga diberi tugasan serupa cuma yang berbeza aku hanya
ditugas untuk menghafaz surah tertentu dengan TARTIL sebelum pulang.
Ya dengan tartil yang memberi erti melafaz
semula surah yang dihafaz dengan bertajwid, dengan sebutan ayat yang jelas
mengikut hukumnya. Aku juga dikehendaki bersuara kuat dan lantang. Takdir Ilahi
guruku seorang yang tegas dengan hokum tajwid dan makhraj sebutan huruf serta
kelantangan suara. Bagus begitu sebenarnya, banyak boleh dipelajari.
Usai kelas talaqqi, ada sesuatu yang sering
dinantikan. Tazkirah dari guru. Acap kali guruku memberi tazkirah, ianya adalah
sesuatu yang sungguh bertepatan dengan keadaan dan perasaanku ketika itu. entah
kenapa, ajaib kurasa. Kerna terlalu acap kali jua hari sebelumnya kami
berbincang tentang suatu persoalan yang tidak terjawab dan hari seterusnya guruku
memberitahu kan jawapannya. Kurasa guruku bukan orang biasa biasa. Dirinya
rapat dengan Ilahi sehingga diberi kelebihan begitu. Pelajar-pelajar lain juga
turut menceritakan pengalaman mereka apabila salah seorang dari mereka terlupa
hafalan. Guru kami lantas membentak dengan memberitahu apa yang murid itu
lakukan malam sebelumnya yang membuat dia lupa hafalannya. Dan mashaAllah
apabila ditanya memang itu yang murid itu lakukan, memang bukan calang calang
guruku itu.
Hari demi hari berlalu dan akhirnya tiba ke
hari terakhir pengajianku di situ. Hari terakhir aku perlu memenuhi tugasanku.
Alhamdulillah, aku berjaya tasmi’ di hadapan guruku. Tiada yang ku lupa.
Alhamdulillah. Guruku memberi nasihat terakhir dan lantas menamatkan kelas
terakhirku. Setelah mengucapkan terima kasih aku lantas ke bilik dan berkemas
bersiap untuk pulang. Sungguh mengharukan pabila ada yang menitiskan air mata
dengan kepulangan kami. “Akak jangan la balik, akak pindah la duduk belajar
dekat sini”
Allahu Rabbi, hatiku menangis taatkala
mendengarnya. Memang aku cinta untuk menuntut ilmu lagi, kecintaan baruku.
Setelah bersalam salaman, berpelukan dan bertukar nombor telefon perjalanan ku
sudah hampir tamat. Aku pulang dengan memandang wajah mahaad yang bakal
ditinggalkan. Sayu perasaan. Berbaur rasanya.
Keadaan itulah yang selalu dikenang dan
dirindu. Walau berpisah jasad, aku sering juga berhubung dengan pelajar pelajar
di sana melalui talian telefon. Yang lebih tua tidak ketinggalan adik-adik
muda. Ingin ku ke bumi nyaman itu lagi. Bumi di mana aku tidak merasa asing
dengan pakaianku, dengan keislamanku kerna yang lain juga begitu. Aku juga
berdoa agar Dia kurniakan rezeqi lagi untukku menuntut ilmuNya yang luas itu,
di bumi itu lagi. Juga buat pembaca entry ini, mudah mudahan anda dan saya
diberi rezeqi dengan dikurnia kefahaman dalam agamaNya.. inshaaAllah, amiin ya
Allah..
inshaaAllah setakat ini entry untuk kali ini. Mudah-mudahan diri kita diberi
kekuatan uruk menghadapi hari-hari mendatang yang pelbagai. Dan muga Dia sentiasa
berada di dalam hati hati kita. di bawah adalah gambar gambar yang sempat
dirakam untuk tatapan..
Al-faqir ilallah (kefakiran yang menuju kpd Allah),
Nur sofi :)
A_S
" Don't despair over the events of the past for none of the events of the dunya were ever meant to remain "
[Imam Syafi'ee]
Be strong and move forwards :)
I miss the time where i can do lot of things and my 8 hours of life didn't conquered by the company..
O Allah, make my heart sincere just for You...amiin..
ABR, Kuala Lumpur
13 : 55
empty - han
+
=
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
[Qur'an 13 : 11]
Subscribe to:
Posts (Atom)