Pages

Musafir cinta di bumi nyaman




Jam menunjukkan pukul 2 tujuh minit pagi, usai bersiap aku membuka laptop buat sekelian kalinya. Alhamdulillah masih diberi nikmat kehidupan. Roh yang tadinya tidur kini sudah sudah kembali ke jasad. Kebiasaannya aku begitu. Sering ketiduran selepas solat dan akan bangun pada jam jam tertentu waktu pagi. Definitely bukan “night person”. Terasa sel sel badan lebih aktif pada waktu pagi pagi begini.

Masuk hari ini sudah hampir 2 bulan aku menetap di shah alam semula, bumi tempatku bermain dan membesar di kala zaman kanak-kanak. Kehadiranku kembali di bumi Selangor untuk bersama keluarga setelah 4 tahun merantau adalah suatu perasaan yang cukup nikmat. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama keluarga tercinta kerana memang ini yang aku impikan sejak sebelum bermula “practical” lagi. Kerna aku tahu kemampuan diri. Perlunya aku untuk bersama mereka tatkala melalui alam pekerjaan yang baru dan mencabar. Ada tinggal berbaki 4 bulan sebelumku menamatkan tempoh “practical” ataupun “industrial training” ini, mudah mudahan banyak ilmu yag dikecap dan semuanya lancar.
Ada sesuatu yang ingin dikongsikan sebenarnya. Pengalaman yang sering diingat ingat dan dikenang. Nyaman sungguh perasaannya apabila teringat. Dua bulan lalu sebelum pulang ke bumi Selangor aku membuat keputusan untuk menimba ilmu mencari kekuatan. Dan Alhamdulillah ditakdir Ilahi bertemu dan menetap di situ untuk 2 minggu. Tempatnya asing, suasananya berbeza dan bahasanya tidak biasa ku ucap. Diberi rezeqi untuk belajar melalui kaedah talaqqi di maahad tahfiz itu sungguh suatu pengalaman yang tidak mampu ku lupakan.

TALAQQI. Itu perkataannya. Talaqqi adalah kaedah pembelajaran di mana murid akan berhadapan terus dengan guru. Secara peribadi, tidak kutemukan kaedah pembelajaran yang lebih menawan hatiku daripada melalui kaedah ini. Terasa ilmu sang guru mengalir luncur terus ke jiwaku. Ya, terus. Secara terus. Aku betul rindu untuk ke situ lagi. Rutin harianku di sana terasa tenang damai. Paginya bertahajjud lantas solat subuh berjemaah kemudian berwirid sampai waktu sarapan kemudian ke kelas. Hari pertamaku ke kelas tubuhku menyaksikan hatiku berdegup kencang namun tiada riak di wajah, kuat kusembunyikan. Mana tidaknya, aku tidak pernah belajar melalui kaedah talaqqi itu. dan juga kerna aku bakal melantunkan ayat suci Al-Qur’an sendirian dan taakala membaca guru akan terus juga membetulkan kesalahan. Itulah yang menarik melalui kaedah ini. Kesalahan akan diperbetul guru tika itu juga.
Ada sesuatu yang dirindui. Suasana itu di mana lantunan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca merdu bergema menghiasi ruang. Indah. Terasa saat saat kehidupan di sana diabdikan untuk Dia dan kalamNya sepenuhnya. Tika di sana itu sahaja rutin harian kami. Bangun, solat, kelas, menghafaz, makan dan tidur. Ada sahaja waktu tenggang akan diisi dengan menghafaz kerna setiap orang diberi tugasan masing-masing dengan surah hafalan dan perlu di tasmi’(melafaz hafalan tanpa sebarang rujukan) pada masa yang ditetapkan. Sebenarnya itu lah yang menggoncang jiwa taatkala sebelum ke kelas. Setiap kali ke kelas guru akan tasmi’ hafalan murid setakat mana yang dihafaz, bermakna murid perlu untuk menghafaz setiap masa. Tidak ketinggalan sebagai pelajar sementara aku juga diberi tugasan serupa cuma yang berbeza aku hanya ditugas untuk menghafaz surah tertentu dengan TARTIL sebelum pulang.

Ya dengan tartil yang memberi erti melafaz semula surah yang dihafaz dengan bertajwid, dengan sebutan ayat yang jelas mengikut hukumnya. Aku juga dikehendaki bersuara kuat dan lantang. Takdir Ilahi guruku seorang yang tegas dengan hokum tajwid dan makhraj sebutan huruf serta kelantangan suara. Bagus begitu sebenarnya, banyak boleh dipelajari.
Usai kelas talaqqi, ada sesuatu yang sering dinantikan. Tazkirah dari guru. Acap kali guruku memberi tazkirah, ianya adalah sesuatu yang sungguh bertepatan dengan keadaan dan perasaanku ketika itu. entah kenapa, ajaib kurasa. Kerna terlalu acap kali jua hari sebelumnya kami berbincang tentang suatu persoalan yang tidak terjawab dan hari seterusnya guruku memberitahu kan jawapannya. Kurasa guruku bukan orang biasa biasa. Dirinya rapat dengan Ilahi sehingga diberi kelebihan begitu. Pelajar-pelajar lain juga turut menceritakan pengalaman mereka apabila salah seorang dari mereka terlupa hafalan. Guru kami lantas membentak dengan memberitahu apa yang murid itu lakukan malam sebelumnya yang membuat dia lupa hafalannya. Dan mashaAllah apabila ditanya memang itu yang murid itu lakukan, memang bukan calang calang guruku itu.

Hari demi hari berlalu dan akhirnya tiba ke hari terakhir pengajianku di situ. Hari terakhir aku perlu memenuhi tugasanku. Alhamdulillah, aku berjaya tasmi’ di hadapan guruku. Tiada yang ku lupa. Alhamdulillah. Guruku memberi nasihat terakhir dan lantas menamatkan kelas terakhirku. Setelah mengucapkan terima kasih aku lantas ke bilik dan berkemas bersiap untuk pulang. Sungguh mengharukan pabila ada yang menitiskan air mata dengan kepulangan kami. “Akak jangan la balik, akak pindah la duduk belajar dekat sini”
Allahu Rabbi, hatiku menangis taatkala mendengarnya. Memang aku cinta untuk menuntut ilmu lagi, kecintaan baruku. Setelah bersalam salaman, berpelukan dan bertukar nombor telefon perjalanan ku sudah hampir tamat. Aku pulang dengan memandang wajah mahaad yang bakal ditinggalkan. Sayu perasaan. Berbaur rasanya.

Keadaan itulah yang selalu dikenang dan dirindu. Walau berpisah jasad, aku sering juga berhubung dengan pelajar pelajar di sana melalui talian telefon. Yang lebih tua tidak ketinggalan adik-adik muda. Ingin ku ke bumi nyaman itu lagi. Bumi di mana aku tidak merasa asing dengan pakaianku, dengan keislamanku kerna yang lain juga begitu. Aku juga berdoa agar Dia kurniakan rezeqi lagi untukku menuntut ilmuNya yang luas itu, di bumi itu lagi. Juga buat pembaca entry ini, mudah mudahan anda dan saya diberi rezeqi dengan dikurnia kefahaman dalam agamaNya.. inshaaAllah, amiin ya Allah..


inshaaAllah setakat ini entry untuk kali ini. Mudah-mudahan diri kita diberi kekuatan uruk menghadapi hari-hari mendatang yang pelbagai. Dan muga Dia sentiasa berada di dalam hati hati kita.  di bawah adalah gambar gambar yang sempat dirakam untuk tatapan..



Al-faqir ilallah (kefakiran yang menuju kpd Allah),

Nur sofi :)









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...