kempen "JOM PAKAI TUDUNG"
Tajuk photo ini " KeranA SehElai HiJAb memBawa SeriBu perbezaAn".
Fenomena yang berlaku terhadap anak-anak gadis kita sekarang amat meruncingkan. Sebagai Ayah, Ibu, abang,kakak mahupun adik yang berpegang teguh pada hukum Allah,pesanan Rasulullah susah pasti bimbang jika ada dari kalangan ahli keluarga yang ambil mudah tentang isu aurat ini.
“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Bagi seorang suami jika si isteri tidak menutup aurat si suami akan menanggung dosa itu juga andai si suami tidak menegah isterinya dari perbuatan itu.
Terlalu banyak di media yang "menghalalkan" trend free hair ini sehingga ia mungkin menjadi ikutan ahli keluarga kita,anak-anak kita dll..
Lantas dengan menyedari peranan media,rangkaian internet dsbnya membawa impak yang besar dalam kehidupan manusia. Lalu photo ini juga membawa mesej :
"Kempen JOM PAKAI TUDUNG"
Perlu diingat mengenai penekanan tentang isu tudung dalam al-Quran misalannya,Allah berfirman:
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)
Mesej tersirat yang cuba disampaikan didalam photo yg dihasilkan adalah menunjukkan tentang :
Tudung itu adalah satu simbol kesopanan,kecantika n,keislaman, indah dsbgnya.
Dengan membawa konsep seperti ini,secara tidak langsung dapat merubah mentallity masyarat mengenai nilai sehelai tudung yang selain dari disyariatkan oleh agama.
Labels:
info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment