عن أنس t یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله
ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان
السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan
mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
lalu,
tanpa disedari jernih air gugur membasahi...
mngimbau dosa yg kian menggunung...
diri sengaja dipinggir alam,
agar Engkau tempat kembali...
masa,
terus berlalu...
meninggalkan sipulan dengan sipulan,
dengan dunianya yang tak pernah bernoktah...
kini,
balasan demi balasan dihambat,
ujian demi ujian tertanggung,
pengajaran demi pengajaran dihampar,
agar cintaNya tertaut padu...
namun,
si watak jahat tak pernah sepi,
panahan demi panahan diaju,
cucukkan demi cucukkan dicucuk,
membuat diri semakin layu,
dengan persekitaran yang tidak membantu...
wajah,
tampak ceria dan tenang,
senyuman acap kali diukir,
membuat jenaka bukanlah masalah,
namun di hati,
siapa yang tahu...
kekuatan,
entah bagaimana,
dan dari mana,
ia terbina...
dalam mengharungi,
ranjau kehidupan
yang tak mahu menyepi...
mereka,
terjatuh dan bangun,
atas dasar sahabat,membantu...
sipulan itu terjatuh...
lalu tiada siapa tahu...
dan,
seiring itu,
di saat ia ingin bangun,
si watak jahat memainkan peranan...
sekali lagi menikamnya dari belakang...
dan kali ini,
meninggalkan kesan yang amat dalam...
mungkin,
ini lah takdir...
ia sedang mahu bangun,
dan ingin dibantu,
namun sedar akan hakikat sebenar...
akan kehadiran si watak jahat...
namun,
ia juga sedar,
doa itu senjata mukmin...
yang harapan itu masih ada,
kabus itu harus di sinari,
meskipun ia berseorangan...
kerana mengharap akan kehadiranNya,
SELALU............
No comments:
Post a Comment