Pages

Pengertian bacaan dalam solat



DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENYAYANGI

Sekadar perkongsian tentang makna bacaan dalam solat kita sehari-hari. Mungkin dek kerana 1hari 5 kali kita bersolat sebahagian drpd kita mungkin terlepas pandang akan makna bacaan solat itu sendiri. Mungkin ada juga yg endah xendah tntang mkna bacaan atau pun terlupa dsbg. Boleh juga dijadikan sbg "refresh" utk kita sama2 menghayati semula makna nya.. :)


Allah Maha Besar


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


FREE AAFIA SIDDIQUI







"The power you gave them to torture me, rape me and every time allow them to search me naked. I’m dead. I was dead since the very first time I was raped, searched naked, each and every time you need to present me in court – I’m searched naked… Leave me alone or send me back to my country Pakistan."

–Dr. Aafia Siddiqui-

Before:



After:

Prisoner No. 650




Dr Aafia Siddiqui,
A Pakistani PhD. Having 144 Honorary Degrees & Certificates, In Neurology, From Different Institutes Of The World,
The Only Neurologist In The World Have The Honorary Ph.d From Harvard University ,
Hafiz-e-Quraan,
Aalima,
Not Even A Single American Matches her Qualifications,
Was Kidnapped along with her 3 children, By the FBI from Karachi, With Help of Pakistan Government Alleging Connection with Al-Qaeeda,
Now She is in USA prison,
Having Lost Memory, Due to physical, Psychological & Sexual Torture,
She is Imprisoned with Men,
But We,
The Muslims are
Dead.
Protest!
Pray for her



Secebis Pelangi



DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENYAYANG








Hijrah... semua org pastinya pernah berhijrah…
Tidak akan mampu kita lari drpd dosa walupun sehalus zarah… berhijrah sama ada drpd gemar membuat dosa kpd tidak, drpd derhaka kpd tidak, drpd sombong kpd tidak, drpd pentingkan diri kpd tidak drpd berhasad dengki kpd tidak….dan ada juga yg berlaku sebaliknya. Drpd tidak gemar berbuat dosa kpd pembuat dosa yg tegar. Dan begitulah kehidupannya berlalu bagi yg tidak sedar.Lalai nya akan dosa sendiri…terus menerus dibawa arus duniawi…gelap…Namun, ada juga yg tidak sedar akan kesilapannya sendiri. Menyangkakan amalan sudah cukup, merasa diri sudah cukup baik merasa diri sudah cukup hebat…Maka ia pun turut dibawa oleh sangkaan sangkaan nya itu….si musuh ketawa…….




Hidayah itu milik Allah.Pasti. Bagi si pembuat dosa, bila2 masa sahaja ia boleh berhijrah, berubah. Drpd mat rempit kepada pencinta masjid, drpd si rambut merah kpd bertudung labuh, drpd perokok kpd pencinta Al-Quran drpd skinhead kpd seorang daie…Sungguh, Ya Rabb…….! Hidayah itu memang milikMu….tiada yg boleh menyangkalnya…Tidak pernah berbeza juga bagi yg sudah terdidik agamanya…..mungkin tidak pernah berbuat dosa itu dan ini…



Namun, tiada seorang pernah menjamin seseorang itu hidup sbg soleh solehah perginya juga berkeadaan sedemikian….Jadi, doa itulah sebagai senjata. Allah itulah pelindung. Tiada yg lain. Hari ini soleh solehah mungkin shj esok penzina.Nauzubillah Ya Allah..!Tapi itu realiti.hakikat kehidupan pada hari ini yg kian mengasak jiwa. Doa. Mohon kekuatan bagi diri yg sememangnya lemah..sungguh..lemah… Hanya Engkaulah tempat meminta. Di saat manusia lainnya sibuk dgn urusan masing-masing, dgn kerja yg seperti tidak pernah tamat dengan “jual ikan” nya yg tidak pernah cukup.







Hanya Engkaulah Ya Allah…Tiada Tuhan melainkanMu Ya Rabb..tempat meluahkan segalanya..pahit, manis perjalanan hidup, suka, duka, ada, tiada, pahit, jerih…segalanya…………………………………….








“Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu…….
Dan Aku bersama dengannya…….Ketika dia ingat kepadaKu……
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya…….
Aku akan mengingatinya di dalam hati Ku……
Dan jika dia ingat kepadaKu…….dalam lingkungan khalayak ramai……
Nescaya Aku juga akan mengingatinya….dalam lingkingan khalayak ramai yg lebih baik….Dan jika dia mendekati Ku sejengkal…Aku pun akan mendekatinya sehasta……Dan jika dia mendekati Ku sehasta…..Nescaya aku mendekatinya sedepa…….Dan jika dia datang kepadaKu berjalan……Maka aku mendatanginya dengan berlari………….”


~Hadith riwayat Syaikhani dan Tarmidzi~




Ternyata kasih sayang Allah itu, hakikatnya membatasi kasih sayang manusia dan makhluk seluruhnya, membatasi kasih sayang manusia dan makhluk seluruhnya………................membatasi………………..
Walau sebesar gunung dosa kita, Allah tetap sudi mengampunkan kita…tanpa mengira siapa kita…siapa kita sebelum ini…..apa yg dah di buat, minum arak, berjudi, mencuri, bergaul bebas, tidak solat, derhaka, berbohong, skinhead, grunge, punk rock….Allah tidak kira......Allah Maha Pengampun Allah Maha Penyayang…selagi kita bertaubat kpdNya….betapa hinanya kita…diri ini sebenarnya……yg lebih tepat….si pelaku dosa ini…………………..








“Kita boleh menghitung usia kita yg telah kita gunakan, tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”

Al-Fateh dan kami

بسم الله الرحمن الرحيم







4 April 2010,


Maka berakhirlah 1 program kepimpinan yg bernamakan kem kepimpinan Al-Fateh.
Sultan Muhammad Al-Fateh, satu nama yg tidak asing lagi bagi rata2 drpd kita sendiri.




Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika perang khandak:


"Kota Constantinopal pasti akan jatuh ke tangan umat Islam. Raja nya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera"

(Hadith riwayat Imam Hanbal)



Tentang kehebatan Al-Fateh serta generasinya sendiri memang tidak dapat dinafikan. Namun kami di sini, mungkin diri saya sendiri sebenarnya telah pun melalui saat yang saya rasa sangat berguna utk bekalan perjalanan yang masih panjang(InsyaAllah) ini.






2 April 2010
Hari pertama menjejakkkan kaki ke Gunung Ledang sendiri sudah mendatangkan 1 perasaan yg tidak terkata. Menggigit perasaan dek kerana teruja.

LDK 1: Ta'aruf

berjalan bersama sahabat, lilin di tangan, zikir yg terpateri di bibir, dlm keadaan gelap merentasi hutan gunung ledang.
Subhanallah..! Al-Quran+lilin+zikir+sahabat2....kebergantungan kita sebenarnya yg mane..? Allahu Akbar! kadang, kita sendiri tak sedar...tapi, Alhamdulillah..tarbiyyah itu sendiri mengajar kita hakikat sebenar, Allah lah yg sebenarnya tempat kita bergantung. Muhasabah lah wahai diri! Dosa.............dan dosa...............
gelap~




3 April 2010


Muslimat! bangun! qiam! bersiap dsbg.
Muslimat: "Nape akak2 garang ye kat kem ni? takut betul lah..tibe2 je garang"








LDK: explorace

hujan+sejuk+kena lagi dengan mereka...tarbiyyah hebat.
kak zinni pun(garang lah..)

"nama artis tau, nama sahabat Nabi byk ni je yg tau??!!"
Maka memang itu lah yang sebetulnya. Muhasabah!

baik, perjalanan diteruskan wpun hujan.


clue: goll?!
ans= padang bola! ayuh,mari ke sana.



LDK: Kami dan dosa lampau

"sape pernah **********(dosa) sila satu langkah ke hadapan! sape yg tak pernah, satu langkah ke belakang!"
serta dosa2 yang seterusnya....................





Hatta, semua hampir ke belakang! Muhasabah! tak sedar yang perbuatan selama ini sebenarnya mendekatkan diri ke an-nar..Nauzubillah...TAUBAT!MUHASABAH





LDK: Perang!!!

Lagi, sangat lah. Seperti di medan perang yg sebenar.
strategi2! Takbir! Allahu Akbar!!
Selesai. Muhasabah lagi. Kami memang banyak dosa.
Lebih2 lagi yg sedang menaip. Moge2 dosa kami diampunkan. Amiin..

Subuh~




Hakikatnya, byk lagi yg sebenarnya.
Pengisian, solat dhuha, zikir, dsbg.





4 April 2010







RESOLUSI: MENJADIKAN BIG CIRCLE SEBAGAI WADAH PERJUANGAN

ingat3!
jangan lupa.
tanggungjawab. Jom!



BBQ!!






"nape tibe2 akak2 n faci2 sume jadi baik balik ni? xpe lah. Layan je.."

Gumbira+Alhamdulillah+tidak terkata+roh kenyang(InsyaAllah)
Syukran kalian kerana sudi mengingatkan kami. >>dosa kami, muhasabah kan kami(",)


Pulang~



“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)?

Ali ‘Imran : 142

Kematian yang dilupakan...

<














Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihan
i

Ya Allah, terasa sangat hina dan lemah tatkala diri mula membina tinta ini. Moge-moge dipermudahkan urusan. Amiin..Peringatan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat
Bila difikir-fikirkan, kehidupan kita berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Waktu berlalu begitu sahaja. Kadang, perihal semalam seakan terasa terlalu sudah lama berlalu. Kita yakni diri ini juga acap kali tidak menyedari bahawa hari-hari yang kita lewati semakin mendekatkan diri kita kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain.


Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang.


Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


Namun, kebanyakan kita menghindari untuk berpikir tentang kematian. [Peringatan untuk diri juga]Dalam kehidupan modern ini, kita biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; kita berpikir tentang: kuliah, assignment, khususnya mahasiswa, bagi yang sudah bekerja pula, memikirkan perihal perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan.














Kehidupan tidak lebih sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Itu yang kebanyakan kita berfikir dan melakukannya. Manakala pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya.


Sesetengah menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, lantas tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya.


Tiap hari, kita menyaksikan kematian orang lain di sekitar tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian kita.[Nauzubillah Ya Allah] dan tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggu!






Ketika kematian dialami, semua “kenyataan” dalam hidup kita akan tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang kita dapat lakukan saat ini: kita dapat mengedipkan mata, menggerakkan badan, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh. Pernahkah kita terfikir..?






Mungkin ada antara kita yang pernah “mati” sebelum ini. Maksud, mungkin pernah hampir mati kerana kemalangan, penyakit dan sebagainya. Kita mungkin tidak akan pernah memikirkannya setelah ia nya berlalu kerana menganggap ia nya adalah hanyalah nasib malang.


Namun, pernahkah kita memikirkan apa yang kita fikir saat itu? Maksud saya, saat- saat genting antara hidup dan sebaliknya, mungkin ketika kemalangan dan sebagainya, apakah yang kita fikir?


Kelak, segalanya hilang sekelip mata. Begitu mudah. Begitu juga jika difikirkan bagaimana kita membesar dengan kadar yang sangat sekejap, bagaimana semalam orang yang tersayang hidup berbicara mesra dengan kita, namun hari ini ia pergi untuk selamanya. Ya Allah ya Allah..sungguh, hambaMu ini terasa tidak layak berbicara.
Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)



Maka, marilah kita bermuhasabah diri. Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.. Sama-sama lah kita mengingatkan antara kita..Sungguh, tinta ini datangnya dari hamba Allah yang hina, lemah, pelaku dosa yang mengharap kan rahmat-Nya.


” Ya Allah, jauhkanlah hamba-Mu ini daripada menjadi hamba- Mu yang hanya tahu menyampaikan namun tidak mengamalkannya.Amiin Ya Allah...”

Kadang-kadang Allah tak bagi apa yg kita mahu.......

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.



Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.



Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.



Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.



Kadang-kadang ujian dan perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.



Kita mungkin tidak akan pernah dapat....terbang. .. jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.



Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati.Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..



Kita memohon kebijaksanaan; Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.



Kita memohon kemakmuran; Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.



Kita memohon cinta; Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.



Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati; Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.



Begitulah cara Tuhan membimbing Kita



Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?



KADANG-KADANG ALLAH TIDAK MEMBERIKAN APA YANG KITA MINTA, TAPI DENGAN PASTI ALLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA, KEBANYAKAN KITA TIDAK DAPAT MELIHAT HIKMAH DISEBALIKNYA, BAHKAN TIDAK MAHU MENERIMA RENCANA-Nya, PADAHAL ITULAH YANG TERBAIK UNTUK KITA……INSYAALLAH… ;’(







Seminar Menyingkap Sejarah Khilafah: Antara Pejuang & Petualang



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jemputan ke Seminar Terbuka
"Menyingkap Sejarah Khilafah - Antara Pejuang dan Petualang”



Seluruh Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir ke Seminar Terbuka yang bertajuk "Menyingkap Sejarah Khilafah - Antara Pejuang dan Petualang” anjuran Hizbut Tahrir Malaysia dengan kerjasama Khilafah Centre.
Maklumat seminar adalah seperti berikut:


Tarikh : 7hb Mac 2010 (Ahad) bersamaan 21 Rabi’ul Awwal 1431 H
Waktu : 0830 pagi - 1:00 petang
Tempat : Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya(Berhampiran Hospital Assunta, PJ).

Untuk maklumat lanjut sila layari website rasmi Hizbut Tahrir Malaysia di www.mykhilafah. com




DAKWAH vs CINTA?

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad'u(ahli usrah) kita yang bercinta?" Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

"Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…" Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.




Lawan Vs Kawal



"Kamu perlu lawan perasaan itu." Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

"Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun." Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

"Belum lagi." Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

"Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah… "

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, "Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya. "






Over Rate Diri Sendiri



"Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?" Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

"Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?" Saya kembali menyoal.

cinta anta anti"Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama." Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, 'Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.'

"Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu." Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

"Apa maksud sifat over rate itu?" Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

"Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai 'couple'. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul." Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari 'alasan' dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah



Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi"Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari 'lelaki yang disukainya' untuk bertanyakan soalan."

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep 'sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain'.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.

"Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow."
-Pakdi.net-








SUMBER: www.iLuvislam. com
-editted-

SubhanAllah!!! sungai di bawah lautan!

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua.. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




















Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Perang tanpa senjata




Hari ini telah terbukti bahawa umat manusia terbaik yang pernah dirakamkan oleh Allah SWT dalam (surah Ali-Imran ayat 110) yang pernah wujud di muka bumi ini telah beransur-ansur mencapai pucak kemundurannya.

Ya..mundur, daif dan tidak salah untuk mengatakan jahil.

Sebelum ini, umat Islam khususnya dan sejarah dunia umumnya mengetahui bahawa Islam pernah berada di puncak kemegahan. Menguasai hampir dua pertiga muka bumi.

Mereka (umat islam) ini mencapai zaman keemasan tersebut dengan Islam. Namun, akhirnya kemunduran itu berlaku tidak lain disebabkan kaum muslimin semakin hari semakin meninggalkan Islam. Semakin menjauhi Islam yang telah "membesarkan" mereka.

Rasulullah SAW bersabda,
"Akan datang suatu masa di mana bangsa-bangsa memperebutkan kalian sebagaimana sekelompok pemakan yang merebutkan makanan di dalam talam".

Para sahabat bertanya,
"Apakah kerana jumlah kami yang sedikti pada waktu itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak..!! Bahkan jumlah kalian saat itu banyak, akan tetapi kalian sat itu seperti busa (sabun) di lautan".

Dalam melalui perjalanan sebagai "bangsa-bangsa buih" ini, umat Islam telah melalui perjalanan yang amat panjang. Peperangan demi peperangan yang di alami umat Islam bersama tentera kuffar telah menyebabkan gerombolan kuffar telah mendapat suatu pelajaran bahawa umat Islam tidak akan dapat diperangi dengan mata pedang dan peperangan. Ini sudah terbukti bahawa umat Islam memang ingin mati.. Umat Islam berperang untuk mencari mati (syahid) sedangkan kaum kuffar bertempur untuk mencari hidup.

Umar bin Al-Khattab RA pernah mengatakan,
"Kita ini adalah kaum yang dibesarkan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kebesaran dengan selainnya, Allah menghinakan kita."

Kaum kuffar yang berada di celah-celah kemegahan dan puncak umat Islam berkuasa telah merencanakan dan memprogram satu pertempuran tanpa senjata yang tidak disedari umat Islam yang leka dengan zaman kegemilangan. Menyedari bahawa sumber kekuatan umat Islam ada pada aqidah dan agama, maka mereka mereka perlu memerangi umat Islam dengan cara yang lebih senyap iaitu melalui perang intelektual dan kebudayaan.

Adapun "peperangan senyap" ini bertujuan untuk memandulkan beberapa kekuatan umat Islam seperti MELEBURKAN KEPERIBADIAN umat Islam. Misi kaum kuffar ini tampak sangat-sangat berjaya pada hari ini dengan lahirnya generasi muslim yang tidak berkeperibadian. Mereka segan untuk menunjukkan identiti sebagai seorang muslim. Segan untuk melabuhkan tudung sampai ke dada. Malu untuk bertudung dengan sempurna dengan pakaian yang labuh tanpa menampakkan bentuk badan. Hari ini kita berasa segan untuk bercerita tentang sirah Nabi untuk membangkitkan semangat keislaman. Hari ini orang mengatakan bahawa untuk maju harus berpijak pada contoh Barat seutuhnya dengan metod berpakaian, bahasa, gaya hidup, pola pemikiran dan percaya bahawa sekiranya menggunakan Islam sesuatu bangsa tidak akan berjaya. Misi ini berjaya..!!

Seterusnya, kaum kuffar melancarkan misi lain dengan MEROSAKKAN AKHLAK umat Islam. Dalam kongress misionari yang diadakan pada tahun 1930, seorang Yahudi Laknatullah, Zweimmer telah mengatakan di hadapan para peserta bahawa tugas para misionaris bukan setakat untuk melakukan kristianisasi terhadapa umat Islam sahaja, tetapi tugas sebenar misionari yang sebenar adalah dengan menjauhkan umat Islam daripada agamanya sehingga lahirnya generasi yang tidak memiliki hubungan dengan Al-khaliq. Tatkala umat Islam sudah tiada hubungan dengan Tuahnnya, pada saat itulah ia akan mengalami kerosakan moral. (contohnya sangat banyak pada hari ini yang penulis tidak perlu menyatakannya) . Misi ini juga berjaya..!!



















Tidak cukup dengan itu, keadaan umat Islam yang parah pada hari ini yang sudah mengekor dengan budaya Barat, dengan pemikiran yang sudah tercemar dengan gaya hidup bebas, dan hidup yang sudah tidak diwarnai dengan identiti Islam dan kontang dengan aqidah Islam, maka akhirnya aqidah mereka dengan mudah mereka tukar dengan ideologi dan agama kuffar. Hari ini tatkala umat Islam bertelingkah sesama sendiri dengan masalah-maalah remeh, PEMURTADAN generasi pemuda dan pemudi kita semakin bertali-arus tanpa disedari umat Islam sendiri. Pemurtadan yang kononnya kerana cinta sejatiku padamu menyebabkan aku rela untuk bertukar agama untukmu semata-mata untuk menatap wajahmu yang cantik dan tampan itu.. Ciiss.. Misi ini berjaya dan masih berlangsung. .!!

Umat Islam terus diterjah lagi oleh kaum kuffar yang terus menyerang dan MENGHANCURKAN FIKRAH umat Islam. Aqidah yang lemah menjadikan generasi Salahudin alAyubi dan Sultan Muhammad Al Fateh ini terus goyah lantaran tidak lagi berpegang pada nilai-nilai moral dan menjadikan Rasulullah itu sebagai contoh ikutan yang baik. Pada saat ini segala visi dan fikrah perjuangan umat Islam menjadi berantakan. Yang ada hanya perjuangan seorang ibu yang berumur 44 tahun untuk terus berada di dalam akademik khayalan daripada tersingkir disebabkan undian sms daripada penonton. Perjuangan seorang anak perempuan pada kedua ibubapa seorang pak haji dan mak hajjah yang menangis tersedu-sedu disebabkan si anak tidak berjaya membawa pulang sejuta ringgit disebabkan Paul Mose mengatakan yang lontaran suaranya tidak bagus dan terlupa lirik..huk.. huk..sobb. .sobb..

Akhirnya, setelah semua misi "preliminary" ini hampir berjaya keseluruhannya, maka kaum kuffar boleh duduk dengan senang hati di "Line Clear" menikmati secawan teh tarik sempoi, disebabkan kaum muslimin sudah merangkak-rangkak dan bersujud di kaki mereka. KESETIAAN umat Islam untuk mengikut telunjuk kaum kuffar hingga ke kandang Babi memang tidak dapat dinafikan lagi. Semua umat Islam semakin berjangkit-jangkit Influenza A nya dengan mudah. Maka tidak perlu lagi untuk mengerahkan tentera dan persenjataan bagi menumbangkan sejumlah tentera Islam. Mudah bukan..??

So, pada saya dan pembaca, apa ek peranan kita sekarang...? ?

Ditepi pintu dan jendela, malaikat maut mengintai saya dan kamu-kamu semua untuk menunggu beberapa saat lagi untuk di pisahkan jasad dengan roh untuk bertemu Tuhan semesta alam.. Untuk ditanyakan apakah ada usaha untuk mengajak ke arah maaruf dan nahi mungkar...?? ?

~Tepuk dada...tanya iman..~

PERINGATAN PENTING UNTUK KAUM MUSLIMAT

Assalamualaikum w.b.t

Tujuan posting ini hanyalah bertujuan memberi peringatan kpd semua muslimat.
Termasuklah diri ini..
kebanyakan muslimat meletakkan gambar mereka yang mmg menampakkan seluruh wajahnya.....bukan hanya di sini, tapi dimana2 web seperti myspace, blog, facebook n etc.
Ana rasa terpanggil disini utk mengingati kalian semua, sebab ana sayang sangat kat anda semua ..sebab kita saling bersaudara.

Jadi, ape yang ana nak cakap di sini adalah
Gantilah gambar sahibah semua dgn avatar atau kartun islamik
memanglah wajah kita bukan aurat, tapi cube sahabt2 semua fikirkan, kini IT semakin berkembang dengan sangat pesat, pelbagai perisian pengeditan gambar telah berkembang...ana takut gambar sahibah semua akan menjadi fitnah...ya Allah, hindarilah semua itu..

kat sini juga ana paste kan pendapat yang diberikan oleh seorang muslimin tentang gambar2 muslimat di alam maya, baca n fikirkanlah...dia juga memberi penerangan yg jelas kenapa gambar muslimat tidak boleh diletakkan di alam maya ini...dan jalan penyelesainnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...