Pages

Panda kah aku? [part 1]






“Apa kita nak buat hari ni Jojie? ” soal Charlie the panda kepada rakan seperjuangannya.
“cari makan lah, apa lagi. Lepas tu kita golek-golek kan badan kita atas rumput,  lepas tu kita tidur la.”



Dan begitulah kehidupan makhluk Allah, panda ini hidup.  Dan ia memang diciptakan begitu. Makan, tidur, golek-golek, bangun, makan, tidur, golek-golek, ceteris paribus.  Adakah tujuan kita diciptakan juga begitu? Bangun, makan, pergi  kelas, golek-golek, tidur. Bangun, makan, pergi  kelas, golek-golek, tidur. Kalau itu lah rutin harian kita, kita ini boleh lah dikatakan seakan mempunyai tiada perbezaan dengan makhluk Allah bernama panda ini. Bukankah begitu?



Lantas, untuk apa kita diciptakan?



“wei dah tu aku ade kat dunia ni sebab ape?”
“laa mane aku tau, dah mak aku lahirkan aku, ade la aku kat dunia ni”



Allah berfirman dalam kitab Nya:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”


Az - Zariyat : 56
Dan lagi...



 “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” 
Al - Baqarah : 30




Duhai hati..





“Mun, kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tengok masam je muka. Ada masalah ke?”
“Eh. Xde la.. mane ade masalah. Aku ok je..” Mun cuba mengukir senyuman. Tawar.


Sudah menjadi lumrah, kehidupan itu ada naik dan turunnya. Perbualan seperti di atas bukanlah perkara luar biasa bahkan sering saja terjadi di kalangan kita, namun tidak lah pada setiap hari kita mendengarnya. Berpuluh dan berbelas tahun kita hidup di bumi Nya namun hanya pada beberapa ketika sahaja kita diasak dengan “unexpected things”, kesedihan, “down” dll perkataan “negative”. Belum pernah lagi kita bertemu dengan seseorang yang seumur hidupnya menangis serta tidaklah kita keluar rumah dan melihat air mata di pipi-pipi manusia. Lantas menjadi asbab untuk kita tidak makin menjauh dari Nya tatkala ujian menimpa.


“Dan pasti! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

Al- baqarah : 155


Apabila kita merenung kembali kehidupan kita, dari saat kita dilahirkan hingga sekarang, tidak ada ujian dan musibah yang Allah tidak bantu kita mengharunginya sehingga pabila masa berlalu kita sendiri tidak menyedari bahawa kita sudah pun berjaya menghadapi ujian tersebut. Sebut sahaja ujian apa pun, saat ujian itu melanda, kita pun akan berkata : “mati lah aku kali ni”. “apa aku nak buat ni”. Dan macam-macam perkataan putus asa terluah. Sehingga sampai ke satu ketika kita merasakan tiada jalan keluar kepada permasalah yang berlaku. Buntu..

Namun, cuba kita renungi keadaan kita pada hari ini... kita merasakan kecilnya perkara yang telah berlalu itu sehingga terkadang kita sendiri terlupa akan ujian yang pernah dilalui. Hati kita pada hari ini terasa lapang pula.. seakan kita terlupa kita pernah berada di suatu keadaan kesempitan dan kebuntuan yg dirasakan tidak mungkin menemui jalan keluar..


“Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).”
Al- anbiya : 88


Mungkin batu-batu ujian yang dipijak adalah sebagai peringatan tersirat dariNya. Untuk masa yang sudah tiba supaya kita benar-benar kembali padaNya. Kembali pada Nya dalam erti kata sebenar. Secara “total”. Bukan separuh-separuh, bukan hanya tika dilanda ombak, bukan jua hanya pabila ada hajat. Kembali padaNya saat hati sedang girang, apatah lagi saat hati hiba..sabar pabila dilanda ujian, bersyukur saat merasai nikmat..


Duhai hati,
Usah kau berbolak balik lagi,
Hari ini pelangi telah tiba,
Mengukir senyuman untuk mu..
Memberi harapan baru,
Agar engkau benar-benar berpaut,
Pada tali Ilahi...


“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”
Az- zumar : 53-54



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...