“Mun,
kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tengok masam je muka. Ada masalah ke?”
“Eh.
Xde la.. mane ade masalah. Aku ok je..” Mun cuba mengukir senyuman. Tawar.
Sudah menjadi lumrah, kehidupan itu ada naik dan
turunnya. Perbualan seperti di atas bukanlah perkara luar biasa bahkan sering
saja terjadi di kalangan kita, namun tidak lah pada setiap hari kita
mendengarnya. Berpuluh dan berbelas tahun kita hidup di bumi Nya namun hanya
pada beberapa ketika sahaja kita diasak dengan “unexpected things”, kesedihan,
“down” dll perkataan “negative”. Belum pernah lagi kita bertemu dengan
seseorang yang seumur hidupnya menangis serta tidaklah kita keluar rumah dan
melihat air mata di pipi-pipi manusia. Lantas menjadi asbab untuk kita tidak
makin menjauh dari Nya tatkala ujian menimpa.
“Dan pasti! Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
Al- baqarah : 155
Apabila kita merenung kembali kehidupan kita, dari
saat kita dilahirkan hingga sekarang, tidak ada ujian dan musibah yang Allah
tidak bantu kita mengharunginya sehingga pabila masa berlalu kita sendiri tidak
menyedari bahawa kita sudah pun berjaya menghadapi ujian tersebut. Sebut sahaja
ujian apa pun, saat ujian itu melanda, kita pun akan berkata : “mati lah aku
kali ni”. “apa aku nak buat ni”. Dan macam-macam perkataan putus asa terluah.
Sehingga sampai ke satu ketika kita merasakan tiada jalan keluar kepada
permasalah yang berlaku. Buntu..
Namun, cuba kita renungi keadaan kita pada hari
ini... kita merasakan kecilnya perkara yang telah berlalu itu sehingga
terkadang kita sendiri terlupa akan ujian yang pernah dilalui. Hati kita pada
hari ini terasa lapang pula.. seakan kita terlupa kita pernah berada di suatu
keadaan kesempitan dan kebuntuan yg dirasakan tidak mungkin menemui jalan
keluar..
“Maka
Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang
menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan
orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).”
Al- anbiya : 88
Mungkin
batu-batu ujian yang dipijak adalah sebagai peringatan tersirat dariNya. Untuk
masa yang sudah tiba supaya kita benar-benar kembali padaNya. Kembali pada Nya
dalam erti kata sebenar. Secara “total”. Bukan separuh-separuh, bukan hanya
tika dilanda ombak, bukan jua hanya pabila ada hajat. Kembali padaNya saat hati
sedang girang, apatah lagi saat hati hiba..sabar pabila dilanda ujian,
bersyukur saat merasai nikmat..
Duhai
hati,
Usah
kau berbolak balik lagi,
Hari
ini pelangi telah tiba,
Mengukir
senyuman untuk mu..
Memberi
harapan baru,
Agar
engkau benar-benar berpaut,
Pada
tali Ilahi...
“Katakanlah
(wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”
Az- zumar :
53-54
No comments:
Post a Comment