Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Assalamualaikum w.b.t,
muga jiwa-jiwa yang sedang membca entry ini dlm keadaan sihat iman dan amalnya in shaa Allah..cuma ingin berkongsi sesuatu yg sangat best iaitu minggu lepas ada program "wanita & hijrah"di rumah melaka. siapa nak tahu siapa yang bagi ceramah sila angkat tangan dapat singgit!
huh, salah~! (gaye mat luthfi) ok tipu je. tetamu jemputan merangkap penceramah pada hari ahad yg lepas adalah ustazah maznah daud. menarik kan? alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat jumpa beliau. dengan takdirNya, pada esok harinya setelah program itu ustazah akan berlepas ke gaza bagi misi kemanusiaan di sana. Allahu Akbar, tak tergambar bagaimana perasaan masa tu.. dapat meraih berkat jumpa ustazah sudah cukup baik, lagi pula ustazah bakal menjejak kaki ke bumi mulia palestin, kiblat pertama kita.. Allahu Akbar..
talk wanita dan hijrah sangat menarik isi kandung nya, namun lebih menarik perhatian diri adalah pengalaman ustazah sendiri untuk ke gaza ni.. sekarang alhamulillah ustazah dan rombongan aqsa shariff sudah pun selamat tiba di gaza. turut bersama adalah 2 org artis msia... alhamdulillah, muga mereka terus diberi hidayah olehNya..amiin.. update perkembangan rombongan misi telah pun dan sedang di update oleh aqsa shariff. boleh like aqsa shariff menerusi facebook.
antara perkara yg melekat di minda saya selepas berakhirnya talk wanita & hijrah adalah "senyum merupakan wajah ahli syurga manakala bermasam muka adalah wajah ahli neraka"
heh?? ahli neraka? huk huk. memandangkan belakangan ini kami dilanda ombak tsunami exam dan assignment, wajah sy especially telah berubah menjadi monster berwajah masam. huh buruknye. LEPAS dengar je talk dari ustazah, sy terus berazam untuk memaniskan muka dengan sekurang-kurangnya senyum. itu kan amalan sunnah baginda nabi Rasulullah s.a.w.. cuma terkadang terleka dan selalunya kita ni jika diberi ingatan baru akan bersemangat semula. pada mulanya saya memberi alasan kpd diri dengan mengatakan "wajah saya memang semulajadi masam, apa nak buat". ini adalah jawapan hampagas yang tidak boleh diterima pakai ye kawan-kawan. jadi kite kene lah berusaha. kan Allah bagi extra pahala bagi yang berusaha lebih demiNya.
in shaa Allah, sy akan berusaha untuk senyum lagi.. 2 hari lepas sy dah berjaya senyum dgn macik cleaner, sudah membuat hati rasa gembira. lagipun, sy tak mahu jadi ahli neraka. kita tak nak masuk neraka, jadi xyah buat muka ahli neraka.. sy suka melihat air muka ustazah maznah, sentiasa tersenyum membuat org senang padanya..
ini antara hasil nya, :)
dapat tangkap gmba dgn ustazah maznah, 40 point semangat naik !! y0shh~! (^_^) muga Allah reda, nursofie :')
Alhamdulillah, sekarang ini baru je pulang dari pertemuan dgn adik-adik. ya Allah, sakit senak perut dibuatnya.
gelak 24 hours. serius x tahu nak buat ape. Allahu Rabbi..
balik je terfikir, " aku ni nampak sangat dah lama x gelak "
Tapi rasenye mmg dah lame tak gelak-gelak.. gelak sekejap-sekejap tu ade lah, tapi rasenya yang ini gelak berterusan tengok gelagat adik-adik ni. at the same time , blaja jugak cara nak dekati mad'u.. pelbagai mad'u dengan pelbagai method. tapi adik-adik ni diorang memang suka gelak tapi at the same time, ada permata dalam diri diorang yg boleh digali. unsur logam itu ada. menarik, tiba-tiba terasa indah suasana. hm entah, maybe sy memang dah lame x bergembira? idk. memang sangat gembira sangat tadi.. alhamdulillah~ syukur padaNya dikurniakan saat tadi bersama mereka..tapi sy memang ada belajar sesuatu tadi. teringat trade mark Ustaz Hasrizal. "Erti Hidup Pada Memberi ! " Alhamdulillah, memang hati terasa bahagia dan gembira malah kesedihan yang melanda diri turut hilang di bawanya...
"Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)
Alhamdulillah, moga- moga Allah menerima amalan kami tadi sebagai amal yang soleh, yakni niat menggembirakan hati mukmin yang lain; amiin..
Oh, lupe nak bagitau ade 2nd lesson yg sy dapat jgak tadi. jadi sweeeet! haha. lawak je. actually this is my 2nd trial utk menjadi sweet? Ok lah kalu cubaan bwak keluar pastu pegi kedai makan yang x sesuai dengan suasana itu gagal, hopefully this one better kan.. buat surprise. but i think i should be more expressive. suasana dah sweet and surprise, tapi riak muka x de perasaan. plain face ! that's me that i would like to improve. tapi rasenye ok kot, rasenye ade byk tahun lagi untuk itu. iA. ngehee~
Ok lah, kalau "akak gedik" ni tak ter touching jugak dengan rasenye the best birthday ever, kita humban dia ramai-ramai dalam perigi kan. hee padan muka. >;)
Last week pun keluar dengan adik-adik lain jgak. 2 kali 5. suka gelak jgak. suka tengok adik-adik ni. heppy je. natural. bile dgn adik-adik ni, tgk diorang gelak pun dah cukup buat hati kita ter influence same utk turut rase heppy. Alhamdulillah, menggembirakan hati orang lain memang menggembirakan. and this week pun ada perkara menggembirakan will happen to my besties. bile dengar je berita tu, rase mcm "Ya Allah, Alhamdulillah, heppy sangat !!"
mase tu xterfikir pun kondisi diri sendiri mcm mane, coz i think i suppose to be upset + heppy at the same time.. tapi rasenye mmg sangat heppi xtau nape.. pdhal the full happiness is not mine, but her. i just idk, happy :)
But later dah lame sikit baru terfikir diri sendiri.. " aku nye... hhmmm camne" garu pale. fikir punya fikir, laaah, buat ape nak fikir sangat. kan dah plan mmg mcam itu, serah lah padaNya, Allah kan ade. bila muhasabah balik, dan fikir tentang Dia, dan memikirkan yang hakiki, hati kembali tenang.. Alhamdulillah.. :')
Last but not least, recently i think my email is not functioning. tak tahulah since bile, tapi paling obvious kwan email pasal assignment and i never receive it. sad case. rasenye mmg dah lame ade prob. tapi yg peliknye, kalau encik khairul email pasal event ytm dapat pulak ! stressssssssss~! huhu~~ so memang xde alasan la kan nak skip program.btw, ive created a new email address for my friends so that we can keep in touch. as i have closed my facebook account, i hope they can reach me through the new email.
Perjalanan hidup masih panjang, inshaAllah jika diizinNya untuk masih bernafas di muka bumi ini. masih banyak perkara perlu dilakukan.. iA akan terus berdoa tanpa putus..
dan berusaha. berdoa utk ana, utk kita, untuk antum. inshaAllah, doakan diri ini juga. moga diri ini benar-benar berjaya menjadi hamba Nya dan dalam usaha mendekatkan diri padaNya, moga kita diberi kekuatan utk tidak mudah berputus asa. amiin ya Rabb....... :')
Assalamualaikum w.b.t, just nak share satu lagu yang sangat menyentuh hati... since facebook dah takde, share kat sini je.. sangat suka lagu ni sekarang.. elaika (kepadaMu), sebenarnya syair karangan Imam Syafi'e... sangat2 menyentuh hati :')
Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Even as my trespass lands me in the Fire.
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,
وفيما سواه في الورى كان أعجما dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
And when he is with others in this world, he is silent,
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
Walking beside me, full of hope,
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Thus though my sins are mountainous, then and now,
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
"Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran. Dan janganlah mereka seperti orang yang diberi kitab sebelumnya, setelah berlalu masa yang panjang atas mereka hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik..."
" syurga dunia bagi para dai'e adalah ukhuwwah fillah yg sgt manis & bermakna.."
bfuj inshaAllah...
"time flies and Alhamdulillah almost 4 years we share our tears and happines together.."
may Allah grant us jannah which i crave more than anything in this world..there is nothing more, there is nothing more, there is nothing more i wish right now than praying we will be together happily in jannah, eternally...
so hold on my friend, hold on my heart, be strong. let's struggling in mujahadah..as we have such a little time in this world...60 years and our time in this world will soon end... we don't have much time.. 40 years left in this journey...
moga umurmu diberkati, moga cinta Allah kau perolehi, moga kau tidak berputus asa dalam usaha mendekatkan diri kepada Al-Khaliq, moga hatimu sentiasa tenang dan bahagia dalam dakapan suci cinta Allah, moga pengakhiran hidupmu adalah kemenangan hakiki, moga ujian perjalanan hidupmu kau lalui dengan pertolongan dari-Nya dan semoga hatimu tetap utuh dalam perjalanan menuju redha Nya..
kadang-kadang setelah jauh berjalan mengharungi arus ranjau kehidupan,
perlu utk setting balik niat kita at the first place
buat sesuatu tu sebab ape.. even tulis blog ni pun... kadang2 rase blog ni xmmberi byk
manfaat pun, huu~
T___T
cth nye, mcm stadi, pilih Uni dsbg. n why did u choose that road. n paling obvious,
ape tujuan kita buat sesuatu perkara yg sedang / telah kita buat? cth mcm stadi kat U ? "why am i here?"
(tgh2 mase kritikal nk final mmg slalu jadi camni. T__T)
hu~
kat bawah is petikan daripada hadith 1, from hadith 40 imam nawawi.
terlalu banyak yg tersirat kenapa hadith pertamanya adalah hadith tentang niat.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)
so, which categori yg kita tergolong?
moge kita tergolong dlm golongan yg membuat sesuatu amal adalah kerana Nya, bukan kerana nak manusia nampak --> "hebatlah kau, after ramadhan terus settle puasa 6 bulan syawal" si pelaku: muka bangga+control macho+"akhirnye org nmpak aku buat baik". conclusion: puasa sbb nk nmpak hebat, so dpt nmpak hebat JE. mcm hadith tadi.
this is,, ssaaadd !! don't !
bukan jua kerana kepentingan duniawi kerana jika manusia dan dunia yg menjadi penyebab sesuatu tindakan, takut - takut kita menjadi org yg rugi di akhirat kelak sbb both manusia and dunia tak kan dapat membantu kita sama sekali di hari pengadilan.
mana ade org invest usd 10, 000 utk dapat usd 0 ? thus, nape kita diri ini sendiri suka sangat invest kat bende yg akan bagi 0 result and even worst -ve impact which is dosa. and the result is permanent pulak tu; jannah or an-nar. let's wake up !!!
kami benar-benar merindui mu..... sudah satu bulan enam hari berlalu... antara sebab aku melumpuh sedikit.. seakan tidak percaya, mindaku masih belum berada di paras sedar tika itu, terawang-awang di angkasa.. antara sedar atau tidak, antara benar atau tidak.. akalku masih belum mampu berfungsi sewajarnya, "blank" sejenak. "betul ke ni?" saat 1 syawal menjelma aku masih tercari-cari dirinya... mengharap rendang dan ketupat darinya seperti tahun sebelumnya.. menunggu dirinya mengajar kami menganyam lagi... tapi ternyata semuanya meleset.. kerana aku cuba menipu diriku sendiri.. hakikatnya tiada apa yang berlaku.. kerana aku sendiri yang tidak mahu menerima, bahawa dirinya sudah tiada lagi... dia sudah dijemput Ilahi... akhirnya setelah letih mencari dan menunggu.. juga setelah mindaku bergabung bersama iman dan hati, aku mulai sedar akan kebenaran yang hakiki.. hakikat kehidupan yang berada di kuasa Ilahi.. kerna kematian itu sangatlah pasti.. semalam mendengar suatu berita, dan hari ini diri menjadi sebahagian dari berita itu. merupakan lumrah kehidupan yang pasti... "pergilah berbuka dulu kat bawah" perkataan terakhirnya darinya sebelum dijemput Ilahi... juga ditujukan kepadaku.... sebak.... ............... moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al-fatihah~ T____T
its the 5th day of hari raya. and im stuck in library, doing assignment. how nice is that? T___T this is just not the place. and SUPPOSED we are having class today. mmu oh mmu~ (-__-'') anyway, for those who have a long day to go, go and visits your relatives, friends and so on. please go and revive the sunnah. its a very tough Ramadhan i had. the exam and the Al Qadr night. both are about to chase. and the sad part was; somebody gone forever, and the other body gone for a long long period of time. someone sulking, and many other things happen. But Alhamdulillah, as usual He help me through it. Alhamdulillah ya Allah :') and here we are. in a Syawal month. i just can't believe how fast Ramadhan left us. Allah... T__T huhu~ anyway. let's start a new beginning, as we already received our "Degree of Taqwa" during the Ramadhan Course. insyaAllah...
so winners, congratulations. Taqaballahu minna wa minkum, may Allah accept our deeds :)
"O Allah! I seek refuge in You from grief and sadness, from weakness and from laziness, from miserliness and from cowardice, from being overcome by debt and from being overpowered by men (other people)"
ya Allah, sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan, sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan, sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan...
for me and for those in need may Allah assist us...
...عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
segenggam tabah~
Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkan jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya
“Apa kita nak buat
hari ni Jojie? ” soal Charlie the panda kepada rakan seperjuangannya.
“cari makan lah,
apa lagi. Lepas tu kita golek-golek kan badan kita atas rumput, lepas tu kita tidur la.”
Dan begitulah
kehidupan makhluk Allah, panda ini hidup.
Dan ia memang diciptakan begitu. Makan, tidur, golek-golek, bangun, makan,
tidur, golek-golek, ceteris paribus. Adakah
tujuan kita diciptakan juga begitu? Bangun, makan, pergi kelas, golek-golek, tidur. Bangun, makan,
pergi kelas, golek-golek, tidur. Kalau
itu lah rutin harian kita, kita ini boleh lah dikatakan seakan mempunyai tiada
perbezaan dengan makhluk Allah bernama panda ini. Bukankah begitu?
Lantas, untuk apa
kita diciptakan?
“wei dah tu aku ade
kat dunia ni sebab ape?”
“laa mane aku tau, dah
mak aku lahirkan aku, ade la aku kat dunia ni”
Allah berfirman
dalam kitab Nya:
“Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.”
Az - Zariyat : 56
Dan lagi...
“Sesungguhnya
Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”
“Mun,
kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tengok masam je muka. Ada masalah ke?”
“Eh.
Xde la.. mane ade masalah. Aku ok je..” Mun cuba mengukir senyuman. Tawar.
Sudah menjadi lumrah, kehidupan itu ada naik dan
turunnya. Perbualan seperti di atas bukanlah perkara luar biasa bahkan sering
saja terjadi di kalangan kita, namun tidak lah pada setiap hari kita
mendengarnya. Berpuluh dan berbelas tahun kita hidup di bumi Nya namun hanya
pada beberapa ketika sahaja kita diasak dengan “unexpected things”, kesedihan,
“down” dll perkataan “negative”. Belum pernah lagi kita bertemu dengan
seseorang yang seumur hidupnya menangis serta tidaklah kita keluar rumah dan
melihat air mata di pipi-pipi manusia. Lantas menjadi asbab untuk kita tidak
makin menjauh dari Nya tatkala ujian menimpa.
“Dan pasti! Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
Al- baqarah : 155
Apabila kita merenung kembali kehidupan kita, dari
saat kita dilahirkan hingga sekarang, tidak ada ujian dan musibah yang Allah
tidak bantu kita mengharunginya sehingga pabila masa berlalu kita sendiri tidak
menyedari bahawa kita sudah pun berjaya menghadapi ujian tersebut. Sebut sahaja
ujian apa pun, saat ujian itu melanda, kita pun akan berkata : “mati lah aku
kali ni”. “apa aku nak buat ni”. Dan macam-macam perkataan putus asa terluah.
Sehingga sampai ke satu ketika kita merasakan tiada jalan keluar kepada
permasalah yang berlaku. Buntu..
Namun, cuba kita renungi keadaan kita pada hari
ini... kita merasakan kecilnya perkara yang telah berlalu itu sehingga
terkadang kita sendiri terlupa akan ujian yang pernah dilalui. Hati kita pada
hari ini terasa lapang pula.. seakan kita terlupa kita pernah berada di suatu
keadaan kesempitan dan kebuntuan yg dirasakan tidak mungkin menemui jalan
keluar..
“Maka
Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang
menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan
orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).”
Al- anbiya : 88
Mungkin
batu-batu ujian yang dipijak adalah sebagai peringatan tersirat dariNya. Untuk
masa yang sudah tiba supaya kita benar-benar kembali padaNya. Kembali pada Nya
dalam erti kata sebenar. Secara “total”. Bukan separuh-separuh, bukan hanya
tika dilanda ombak, bukan jua hanya pabila ada hajat. Kembali padaNya saat hati
sedang girang, apatah lagi saat hati hiba..sabar pabila dilanda ujian,
bersyukur saat merasai nikmat..
Duhai
hati,
Usah
kau berbolak balik lagi,
Hari
ini pelangi telah tiba,
Mengukir
senyuman untuk mu..
Memberi
harapan baru,
Agar
engkau benar-benar berpaut,
Pada
tali Ilahi...
“Katakanlah
(wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah
bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu
tidak akan diberikan pertolongan.”